Tuesday, June 5, 2007

STATEMENT & RESULTS

CHAIRMAN STATEMENT

Bismillahirahmanirahim


Yang saya hormati kesemua kawan kawan X itm manjung 1985, isteri, suami, dan anak anak.

Sebelum saya meneruskan ucapan ini marilah kita sama-sama menghadiahkan Al’ Fatihah kapada sahabat-sahabat kita yang telah pergi meninggalkan kita, Allahyarham Shahrin Ahmad, Allahyarhamah Kamizan Kamarul Ariffin dan Allahyarham Sohaimi Joleman..AL Fatihah……….Amin

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarahkatuh dan salam sejahtera.

Saya bagi pihak Jawatan kuasa mengucapkan penghargaan kepada semua yang telah sudi untuk menerima jemputan dan menghadiri Majlis Grand Reunion yang begitu bermakna pada malam ini.

Utk makluman, idea untuk mengadakan majlis ini datangnya dari sekelompok kawan kawan kita yang begitu mengingati dan menyayangi keakraban kita yang telah terbentuk lebih 20 tahun lalu.

Pada mulanya saya sendiri tidak begitu berkeyakinan bahawa Majlis ini akan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan berpandu kepada beberapa majlis serupa yang telah diadakan beberapa kali sebelum ini hanya di hadiri oleh kawan-kawan yang sama sahaja (Teh Tarik Group).

Bertitik tolak dari mini gathering dirumah Puan Salamah Jan pada 25 Mac 2007, gerakan untuk menjayakan Grand Reunion ini telah dimulakan dan hasilnya terbukti pada Malam ini kita berkumpul semula untuk mengeratkan lagi pertalian yang begitu bermakna sekali.

Saya disini mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Puan Salamah yang berusaha gigih menyahut cabaran bagi menjayakan Grand Reunion ini, Beliau semesti telah berkorban masa, tenaga dan bil talipon yang tinggi bagi menjayakan agenda ini, juga kepada En Ashraf yang menyediakan Xitmblogspot.com sebagai perantara penghebahan dan untuk kawan kawan meyampai berita, kata mengata, kutuk mengutuk dan lain lain, Ajk Ajk lain seperti , Shamdol & isteri, Rais & isteri, Salamah Yahya, Norlis dan semua yang menyumbang.

Xitmblogspot.com akan diteruskan denagn keizinan En Ashraf, dan kita akan gunakannya sebagai medium berkomunikasi..selain kutuk mengutuk, juga untuk menyampai jemputan majlis/kenduri ( Kahwin, Bersunat, Cukur Jambul )dan lain jika perlu..

Sekali lagi, saya bagi pihak AJK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran semua di majlis ini

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum waarahmatullah hiwabarakatuh dan terima kasih.



RESULTS

Pemenang Karaoke

1. Tuan Mat Ros
2. Saiful Mat Smart (Dulu la )
3. Adik Elina ( Anak Chu )

Pemenang Anugerah

1. Mrs Tak Cam - Puan Rohani Hashim ( Memang langsung tak cam )
2. Miss Maintain - Cik Norlis Yusof ( Long Jon cuba cuba nak book )
3. Mr Maintain - Tajul Ariffin Mustafa
4. Most Popular In The Blog - Norazhar Ibrahim @ X7 (Mr Selalu Lambat )

Cabutan Bertuah

1. 2H 1M di MS Garden Kuantan - Haslina Husaini
2. 2H 1M di Ms Garden Kuantan - Ashraf Muin
3. 2H 1M di Bukit Jana Golf Resort - Samsuri Musa
4. 2H 1M di Bukit Jana Golf Resort - Jeffery Omar @ Jay

1 comment:

Anonymous said...

Salam,

Kepada yang nak upload gambar, please sent your email address to ashraf@@@innofacts.com

You need to be invited 1st before you can sign in and upload photo via "posting area".

"Ruang comment" tak leh upload gambar.

Thank you.