Tuesday, April 24, 2007

LATEST UPDATES !!!

Assalammua'laikum,

Alhamdulillah, nampak gayanya perjalanan ke arah GRAND REUNION semakin lancar. Selepas perjumpaan malam tadi yang di hadiri oleh saya (Salamah Jan), Shamsul dan Azian, Rais, Salmah Yahya dan Norlis, aturcara baru telah pun dirumuskan (sila rujuk ruangan ATURCARA).

Bagi acara2 sukan, pendaftaran boleh dibuat sebelum acara bermula.

Untuk sessi Karaoke pula, senarai lagu2 yang boleh dipilih akan di postkan sedikit masa lagi, tetapi bagi sesiapa yang mempunyai koleksi peribadi CD Karaoke lagu2 kegemaran, tiada halangan untuk membawanya. Pendaftaran pertandingan Karaoke boleh dibuat sebelum jamuan bermula (maksima 15 penyertaan).

Bagi kanak2 yang ingin membuat persembahan, ibu-bapa boleh lah mendaftarkan mereka
sebelum jamuan bermula (maksima - 5 persembahan).

Harapan semuga usaha murni kita bersama ini dapat dijayakan dengan lancar dan akan meninggalkan kenangan manis buat kita semua.

Sekian, terima kasih.
JURUCAKAP REUNION