Tuesday, January 6, 2009

TABUNG PERSAUDARAAN DAN SOLIDARITI - XMANJUNG BERSAMA RAKYAT PALESTIN

http://www.inminds.co.uk/boycott-mcdonalds.html

-------------------------------------------------------------------------------------------------
PENDAHULUAN


Kepada ahli Xmanjungers yang pokai atau “short” RM7,000 (Tujuh ribu), maka berikut adalah peluang untuk mendapatkannya. Anda kena yakin dengan skim “ganda wang anda” yang dijamin oleh Allah s.w.t

Sekiranya anda menafkahkan RM10, maka Allah menjanjikan pulangan sebanyak RM10 x 700 = RM7,000 dan Allah tidak akan memungkiri janjiNya. Cuma cepat atau lambat sahaja. Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Syarat utama mesti YAKIN. Kalau tak YAKIN, RM10 memang tak bole keluar punye.

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ [٢:٢٦١

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.


Marilah kita sama-sama menyumbang sedikit harta kita kepada “Tabung Persaudaraan dan Solidariti Xmanjung bersama rakyat Palestin.

Sekiranya anda “short” RM70,000 (Tujuh puluh ribu) maka sumbangkanlah sebanyak RM100. Ha…seratus jer bole dapat RM70,000. Tak yah masuk skim Pak Man Telo dan sebagainya.


KAEDAH MENYUMBANG


1. Tabung ini dibuka dari 7 Jan 2009 – 7 Feb 2009

2. Tabung ini akan dikendalikan secara kutipan dalaman. Maksudnya kita akan kutip dulu diperingkat dalaman Xmanjung terlebih dahulu tanpa perlu “membahaskan dengan panjang lebar” pada peringkat ini, kepada pihak mana akan kita salurkan kutipan ini.

3. Setelah tempoh kutipan tamat, kita akan bermesyuarat untuk memutuskan - ketabung atau pihak mana - kutipan ini perlu disalurkan demi memastikan sumbangan ini sampai kepada sasaran seperti yang dihasratkan. (masa tu mungkin dah 1000 orang palestin mati kena bom)

4. Chairman akan mewakili Xmanjung untuk menyampaikan sumbangan terkumpul ini kepada tabung yang akan diputuskan oleh mesyuarat seperti diklausa 3.

5. Untuk sementara ini (sehingga Bendahari rasmi dilantik), akaun Maybank saya boleh digunakan untuk tujuan kutipan dalaman ini. Maybank 162227316383 Mohamed Ashraf Abdul Munim

6. Sila SMS atau emailkan slip sumbangan anda kepada ashraf@@@innofacts.com.

7. Akaun ini akan di audit oleh Syed Amir Shah Syed Lope, Accountant bertauliah kite yang tak asing lagi


الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ لَا يُتْبِعُونَ مَا أَنْفَقُوا مَنًّا وَلَا أَذًى ۙ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ [٢:٢٦٢]

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan. (At-Talaaq: 7)



Memandangkan teman "short" RM70,000.00 - maka dengan ini teman mulakan golekan pertama dengan amaun sebanyak RM100.00....mari kita bersegera! Pulangan lumayan....