Sunday, June 24, 2007

Cukong Menjarah Tanah

Artikel berikut wajar dikongsi di blog ini kerana kandungan boleh dijadikan tauladan dan panduan kepada kita semua.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hishamuddin Rais




NOTA: CUKONG - perkataan yang berasal dari Indonesia bererti towkay Cina. Perkataan ini muncul apabila towkay-towkay Cina mengkudai para jeneral untuk merompak dan menyamun Indonesia. Hasilnya cukong-cukong ini telah memiliki hampir 80% kekayaan Indonesia.

NOTA: MEROMPAK - Perkataan Melayu dari ibu perkataan - rompak. Penambahan memenjadikan ianya perbuatan. Rompak memberi makna merampas harta benda yang bukan kepunyaan. Perkataan ini sama maknanya dengan – samun-menyamun, jara-menjarah, rampok-merampok, lanun-melanun.

NOTA: BERSEKONGKOL – Merancang bersama-sama untuk melakukan perbuatan jahat.

- Dari Kamus tulisan Hishamuddin Rais

Saya telah menerima berita ringkas dari seorang graduan Universiti Malaya. Beritanya tentang ura-ura syarikat cukong Cina yang ingin membeli tanah kawasan Universiti Malaya. Yang menyampaikan berita yang berbunyi agak marah ini bukan graduan Melayu atau Bumiputera atau Islam tetapi seorang graduan Punjabi lulusan Universiti Malaya.

Saya telah pernah menulis tentang peranan para-para cukong ini. Malah banyak kerosakan yang sedang dialami dalam negara kita ini selain dari hasil kerja pemodal luar negara ialah hasil dari karenah para cukong-cukong tempatan.

Biar saya nyatakan di sini sekali lagi bahawa para cukong ini TIDAK mungkin dan tidak berani melakukan rompakan ke atas tanah Melayu jika TIDAK ada kerjasama yang intim dengan benggolan politikus Melayu/Bumiputera.

Di Indonesia para cukong ini secara licik telah berjaya masuk ke dalam struktur pentadbiran junta Jeneral Haji Muhamad Suharto. Sedikit demi sedikit sesudah tahun 1965 para cukong-cukong ini telah berjaya memiliki hampir 80% dari harta kekayaan Indonesia. Cukong-cukong ini memiliki bank, tanah pertanian, jaringan jualan eksport/import, cari gali dan termasuk jaringan jualan runcit. Ertinya para cukong ini telah berjaya menjerat leher 250 juta rakyat Indonesia.

Telah diwujudkan satu persekongkolan yang begitu intim di antara jeneral-jeneral Golkar dengan para cukong ini. Aparachik tentera sering diarah oleh para jeneral untuk mengawal dan menumpaskan rakyat dari bangun melawan apabila tanah dan harta mereka dirompak oleh para cukong. Malah aparachik tentera bukan hanya mengawal malah membunuh rakyat. Inilah hakikat latar belakang yang berlaku di Indonesia hingga meletusnya 13 May 1998 di Jakarta.

Di Tanah Melayu ini pada awalnya para cukong ini telah menjalin hubungan dengan golongan feudal untuk mendapat tanah dan harta kekayaan. Apabila struktur politik berubah maka para cukong ini seperti lintah telah mengalihkan hisapan mereka kepada para politikus Melayu/Bumiputera.

Sama seperti di Indonesia, para cukong-cukong Cina di Malaysia telah menjalin kerjasama yang intim dengan politikus Melayu/Bumiputera dalam semua bentuk. Para politikus Melayu dalam usaha untuk mendapat kuasa telah mencari dana modal dari para cukong. Yang ironinya, modal asal para cukong ini adalah hasil dari tanah orang Melayu sendiri yang telah tergadai di era feudal berkuasa mutlak.

Para politikus Melayu/Bumiputera yang dijadikan YB kini telah dijadikan alat untuk mendodoikan orang-orang Melayu di kampung-kampung. YB-YB inilah yang ke hulu ke hilir menjadi barua-barua para cukong sehinggakan tanah dan kampung orang Melayu tergadai. YB-YB ini jugalah yang meluluskan akta rampasan tanah di Parlimen untuk menghalalkan rompakan tanah rizab orang Melayu agar dilihat suci di sisi undang-undang.

Kes terbaru yang jelik lagi menjelikkan sedang dipentaskan di Johor. Apa yang sedang berlaku dengan projek Iskandar di Johor ini adalah ulang tayang wayang yang sama. Keluasan tanah yang dirompak cukup besar sehinggakan rakyat senegara kagum tidak sedarkan diri. Ini dibantu dengan razmataz dan kong kali kong yang cukup besar dan indah sehinggakan orang Melayu Johor menjadi rabun dan buta. Pada hal hakikatnya adalah sama – para YB Melayu/Bumiputera/Islam sedang dijadikan barua oleh cukong Cina.

Adakah apa yang saya tuliskan ini memiliki unsur perkauman. Tidak, ini bukan perkauman. Para cukong adalah satu kumpulan kelas manusia, di Malaysia ini kerana hukum sejarah para cukong terdiri dari bangsa Cina. Kalau di Tanzania, Trinidad atau Uganda - para cukong terdiri dari pendatang India. Di Ivory Coast pula para cukong adalah orang Arab Lebanon. Cukong-cukong ini tidak memiliki kesedaran negara bangsa kerana mereka kaum pendatang. Mereka tidak menghormati sejarah. Kerana kependatangan mereka, mereka tidak menjadi penjana tamadun kelahiran budaya negara sesuatu bangsa di mana mereka mencari makan.

Apa yang menjadi perhitungan awal dan akhir untuk cukong ialah UNTUNG. Mereka datang ke Tanah Melayu untuk mencari kehidupan yang lebih selesa. Tidak pernah dalam akal fikrah mereka untuk mendirikan tamadun Melayu. Malah pada awal kedatangan pendatang ini mereka juga sanggup menjualkan warga dari tanah kelahiran mereka sendiri asalkan mereka mendapat untung.

Cukong Cina di sini wajib kita pisahkan dari keseluruhan masyarakat Cina yang kini adalah warga negara bangsa Malaysia. Ada perbezaan yang hakiki di antara cukong Cina dengan masyarakat Cina. Cukong Cina ini tidak memiliki kecintaan terhadap nilai ilmu, terhadap nilai seni budaya, terhadap nilai sejarah dan terhadap nilai negara bangsa.

Bukan susah untuk mengenali cukong-cukong ini. Mereka ini tidak berpendidikan tinggi. Tidak memiliki budaya ilmu. Ada yang hanya bekas pemandu lori, ada bekas penjual tayar kereta, ada bekas penjual insurans nyawa, ada bekas pegawai syarikat iklan. Kebijaksanaan mereka ialah membodek dan merasuah para politikus Melayu/Bumiputera atau pegawai-pegawai kerajaan dan polis.

Pada awalnya mereka menjalankan perniagaan segala bentuk judi, penyeludupan dari dadah hingga ke apa sahaja, hingga ke syarikat pelacuran. Kalau di Sabah dan Sarawak cukong ini merompak hutan-hutan balak. Dengan harta kekayaan, mereka semakin merapati para politikus Melayu/Bumiputera. Mereka juga kini dapat menjalin hubungan dengan kaum feudal Melayu. Melalui hubungan ini para cukong mendapat lesen untuk membuka bank atau membuka gedung perjudian halal (!) atau mendirikan gedung-gedung di atas tanah orang Melayu yang telah dirampas. Kaum feudal Melayu pula memberikan mereka darjah kehormat yang membolehkan mereka bergerak terbuka untuk dihormati sebagai anggota masyarakat.

Perancangan sulit syarikat cukong Cina untuk membeli 600 ekar tanah Universiti Malaya ini pasti bergerak seperti yang saya nyatakan ini. Selama 3 bulan secara rahsia mereka telah berbincang. Antara siapa dengan siapa masih menjadi tanda tanya. Saya yakin, pasti telah ada politikus Melayu/Bumiputera yang telah disuap perut, disuap buntut dan dilincirkan batang di bawah perut mereka. Pasti cukong-cukong ini telah ‘berkautim’ untuk menjarah harta tanah yang lumayan di tengah-tengah kota. Tanpa kerjasama politikus Melayu TIDAK mungkin cukong Cina ini berani membuka mulut untuk merompak kawasan tanah Universiti Malaya.

Universiti Malaya adalah tanda dan makna tamadun keilmuan negara bangsa.
Universiti Malaya adalah gedung ilmu tertua dalam negara kita ini.
Universiti Malaya memiliki sejarah. Bumi, bangunan, jalan, pokok dan tasik
Universiti Malaya memiliki tanda dan makna tamadun negara bangsa.
Memansuhkan Universiti Malaya dari tempat asalnya adalah satu niat jahat para cukong Cina untuk melupuskan persejarahan gilang gemilang - persejarahan perjuangan keilmuan dan perjuangan kemahasiswaan.

Seperti yang telah saya nyatakan bahawa para cukong Cina ini tidak memiliki nilai seni budaya apatah lagi nilai sejarah. Untuk para cukong Cina yang penting hanyalah mereka mendapat keuntungan. Para cukong Cina ini tidak memiliki apa-apa nilai budaya. Apakah kita lupa keinginan mereka untuk membina gedung-gedung di Bukit Cina Melaka atau keinginan mereka untuk mengambil tanah perkuburan Cina di belakang Istana Negara? Para cukong dalam dunia ini tidak memiliki nilai bangsa, nilai agama, nilai budaya, nilai seni, nilai sejarah – apa yang mereka sembah hanyalah nilai wang ringgit.

Untuk cukong ini, kalau datuk, nenek, ibu, ayah dan anak mereka boleh dijual pasti mereka akan menjualkannya. Budaya cukong ini adalah budaya kaum pendatang yang datang ke sesebuah negara untuk mencari kekayaan. Orang Penan di Sarawak tidak pernah terfikir untuk memotong kayu kayan sumber kehidupan mereka. Orang Melayu di Kedah tidak pernah terfikir untuk menjualkan tanah sawah mereka untuk dijadikan taman perumahan. Nelayan di Balik Pulau ditipu dan dipaksa oleh politikus Melayu/Bumiputera untuk menjualkan tanah kepada cukong tidak ada niat untuk mendirikan hotel ditapak rumah mereka. Tanah orang Berembang di Ampang tidak akan dirampas cukong jika politikus Melayu/Bumiputera tidak di rasuah.

Para politikus Melayu/Bumiputera ini sebenarnya sama perangainya dengan si cukong. Politikus Melayu/Bumiputera hari ini bukanlah insan yang membawa mercu tanda tamadun keilmuan bangsa Melayu. Mereka ini juga tidak memiliki budaya ilmu, budaya seni dan budaya sejarah yang tinggi; malah ramai dari mereka ini menyamar untuk mendapatkan tiket Melayu/Bumiputera. Jika diselidiki rapi akan ditemui asal-usul mereka adalah anak lelaki si anu dan si anu berasal dari Kerala. Ertinya mereka juga membawa budaya pendatang yang tidak terbenam lama mendalam dalam proses pembudayaan negara bangsa.

Universiti Malaya wajib dianggap sebagai teras pembudayaan sejarah keilmuan negara bangsa Malaysia. Mengalihkannya ke mana sahaja bermakna ada niat jahat lagi buruk. Rasa saya telah sampai masanya kita memberi pengajaran kepada para cukong Cina dan para politikus Melayu/Bumiputera ini bahawa niat buruk dan kejahatan mereka telah melampaui batas. Bukit telah banyak menjadi gondol, banjir kilat menjadi-jadi, bangunan telah runtuh-rantah - apakah mereka mahu mengulangi Mei 13 ala-Jakarta?

NOTA KAKI:

Universiti Sobborne masih tegak berdiri di tengah kota Paris semenjak ia didirikan hampir 700 tahun dahulu.

Polytechnic Central London menjadi University of Westminster masih tegak berdiri di tengah-tengah kota London semenjak 200 tahun dahulu.

University College London berselirat di sekitar kota London masih tegak berdiri di tempat yang sama semenjak 180 tahun dahulu walau pun harga tanah adalah yang termahal di dunia.

University Al-Azahar masih tegak berdiri di tengah-tengah kota Qahirah selama 700 tahun.

Oxford, Cambridge, MIT, Yale, Havard, UCLA – semuanya tegak berdiri di tempat yang sama.

Kenapa? Kerana tidak ada cukong Cina dan politikus Melayu/Bumiputera.

7 comments:

Anonymous said...

mana bisa dibiarkan si cukong hidup lagik..tapi aku rasa yang patut dihapuskan para runner melayu itu dulu...

Anonymous said...

Kalau nak tau si cukong itu, kantornya mungkin di Pejabat Tanah atau Perbadanan kemajuan Negeri. Dia ada master plan tanah(kerajaan)mana yang boleh digadai, tanah malay reserved pun boleh juga disapunya. Guna nama Sipolan BIN sipolan, dibelakang ada agreement lain, sebab guna nama(bukan sikit-sikit dapatnya jerung punya pelantak). Aku ada kawan macam ni...(sekarang menyampah nak berkawan) ada rumah bunglo ratus ribu, kereta mewah...hidup serba mewah. Bulan-bulan duit masuk akaun, tapi tak ada keje (mintak berenti)sebab jadi broker tanah lagi cepat kaya.

Anonymous said...

heh...heh...aku rase kene benor dengan si cukong yang ko explain ni...yob perak yek??

Anonymous said...

Salam...

teman rasa bebudak yg nak pindahkan UM nie tak masuk itm..melayu mudah lupa..tak nyanyi lagu anak kecil main api..tergadai harta benda..tapi anak melayu kitapun pasal main api no. 1 dlm malaysia..tanya ler mat ros..ahli cepat, cekap & betul kita..

Anonymous said...

Assalamualaikum, aku baru ni dapat visit manjung Blog..semoga kawan kawan semua sihat sejahtera lepas reunion tempohari..

Salam takziah pada Sal kerana kematian ayahanada tercinta, semoga ditempatkan bersama orang yang soleh..

Buat saudara Zulkifli Yunus ada sikit sumbangan RM50.00 saya transfer melalui IBG pada 27 Jun 2007..semoga hang akan berjaya dalam pekerjaan baru ni..
Anyway tahniah pada semua saudara kita yang perihatin atas kebajikan kawan-kawan...

Anonymous said...

Sam Penang, gimme ur email. If you subscribe the blog, u can received posting and comment via email.

Thank you for your contribution. Also to Norlis for your RMXXX contribution recently to Zul.

Total amount to date is RM580. (Lepas le sikit sebanyak sebelum dia dapat gaji hujung bulan nanti). Semalam Zul ada telefon, tengah nak cari Kerani Akaun plak (staf baru reporting to him). Moga-moga berjalan lancar.

Syed Amir pun bagi Motor Kap Cai untuk sementara waktu.

Kita semua ni bukannya bertaraf Cukong, jadi masing-masing pun finance ngam-ngam je. Jadi apa yang lebih itulah yang kita bagi. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Berat Mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Unknown said...

dari matG
wa nak tau pasal cikun