Thursday, September 13, 2007

Ramadhan 2007: Bulan Berkat atau Bulan Bala ?


Salam,

Terimakasih Sdr Amir. Semalam teman terima SMS yang sangat indah maknanya dari beliau. Sudah pasti beliau turut menghantar kepada yang lain. Mesejnya berbunyi seperti berikut:

"Marhaban Ya Ramadhan. Ya Allah, di bulan yang penuh berokah, Rahmat dan Maghfirah ini, Kau berkatilah saudaraku yang baik ini. Limpahkan Rezqi Mu padanya, bahagiakan ia dan keluarganya. Mudahkan urusannya, terimalah ibadahnya, serta ampunilah segala dosanya. Selamat menunaikan ibadah Puasa. dari Amir Hamzah."

Begitu jugak saudara Basharuddin. Terimakasih diucapkan kerana turut menghantar mesej kebaikan dan peringatan.

Teman juga ingin mendoakan agar semua ahli X manjung dapat menjalani ibadah puasa dengan kualiti yang lebih baik berbanding Ramadhan 2006.

Marilah kita berdiskusi di ruang maya ini mengenai Ramadhan 2007, dengan mengingati sesama kita agar keberkatannya benar-benar tercapai. dan bukannya menjadi bulan yang mendatangkan bala akibat amalan-amalan kebiasaan kita yang bertentangan dengan semangat Ramadhan yang sebenarnya. Wallahua'lam.

3 comments:

Meloya said...

Nampaknya semua tak larat nak bagi komen. Maklum semuanya letih berpuasa.

Untuk mencapai kejayaan dalam berpuasa kali ini (2007), anda hendaklah:

1. Kurangkan perbelanjaan makanan

2. Makan makanan yang simple. Bukak puasa dengan kurma dan next course makan pisang 2 biji. Stop. Malam makanle buah-buahan segar. Sahur belajarle minum susu segar dan oats .

3. Berhentilah beli rokok kepada yang merokok. Kalu ketagih sangat, mintak kat orang lain atau kalau dah tak tahan gulung kertas surat khabar dengan bulu jagung (Kalu tak de bulu jagung, cari le bulu lain).

Insyallah badan anda akan lebih segar dan kesihatan meningkat akibat dari amalan berpuasa ini.

Jangan bagi alasan atau banyak songeh.

Meloya said...

Satu lagi ialah amalan membaca quran di bulan Ramadhan..jangan le kita ghairah baca quran tanpa faham sepatah haram makna yang kita baca... umpama membaca kitab bahasa purba sanskrit sekadar untuk dapat pahala.

Ini macam kes burung tiong yang hanya pandai menyebut tapi tak tahu apa makna. Memamg kes berat. Tapi bagi orang Melayu, baca quran ni dah jadi ritual bulan puasa.

Cubalah baca-baca terjemahan al-quran. Ini lebih afdal dari baca quran bahasa arab sekadar nak betulkan tajwid.

DaMA said...

Assalamu'alaikum warahmatulLah

Ya aiyuhal ikhwah

Eid mubarak...., semoga kalian semua bergembira bersama keluarga menyambut kemenangan kita menunaikan perintah Allah dan semoga segala ibadat dan muamalat yang termampu kita lakukan sepanjang Ramadhan al mubarak, diterima oleh Allah S.W.T.

Justeru umur kita yang semakin menghampiri senja, marilah kita sama-sama maaf memaafkan, lupakan sebarang perbezaan, cantumkan kembali persaudaraan, dan eratkan persahabatan yang ada. Kita pandang ke hadapan sekiranya esok masih panjang untuk kita perbaiki diri kita, terutama diri aku yang serba serbi kekurangan.

Kepada semua, aku memohon jutaan ampun dan maaf di atas segala salah dan khilaf yang pernah aku lakukan sepanjang perkenalan kita selama ini. Tanpa keampunan dari kalian semua, tak mungkin aku akan menerima keampunan Allah di atas kesalahan yang sama.

"Taqabbal Allahu minna wa minkum"

Maaf zahir dan batin

Rosaidi Mat Alim
Mobile 1 : 013 50000 51
Mobile 2 : 012-680 2936