Sunday, September 30, 2007

Al-Fatihah: Abahku pergi menyahut seruan Ilahi


Abahku yang dikasihi, Haji Abdul Munim bin Haji Mohd Zain telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad, 23 Ramadhan 1428, bersamaan 23 September 2007, jam 930 pagi di Hospital Daerah kuala kangsar. Menurut doktor sebab kematiannya adalah "Acute Myocardial Infarction" atau dalam bahasa mudahnya "heart attack". It happens in 5 minutes time span after few days admitted to hospital atas sebab kencing berdarah. Wallahu a'lam.

Unfortunately only my mum was there during the final moment. It was unexpected moment as he was well in conversation few minutes before.

Al-Marhum berusia 69 tahun, kurang sehari dari hari lahirnya yang ke-70 yang jatuh pada 24 September 2007.

2 tahun yang lalu, almarhum telah mengalami kemalangan jalanraya di bukit berapit dalam perjalanan pulang dari Taiping setelah membeli buah durian untuk cucu-cucu yang dikasihinya. Al-Marhum yang mengalami mild stroke dalam kemalangan tersebut turut patah tulang di bahagian yang menyambungkan peha dan pinggul.

Tidak lama selepas kemalangan tersebut, al-marhum terpaksa menerima rawatan dialysis akibat kegagalan buah pinggangnya. Masalah buah pinggang ini turut disumbangkan oleh penyakit diabetic dan high blood yang di alaminya sebelum ini. Al-marhum seterusnya telah menerima rawatan dialysis selama hampir setahun setengah.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang telah menghantar mesej takziah. Al-marhum telah dikebumikan pada jam 5.00 petang hari yang sama di Kg Lalang, Pdg Rengas Perak, tempat bersemadi ibu bapa dan kaum kerabatnya yang mendahuluinya sebelum ini.

4 comments:

Anonymous said...

Ucapan takziah semoga Rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman

Anonymous said...

A'kum Sdra Asyraf...
Saya br shj maklum berkaitan dgn perkara tersbt. I was on duty (out-station) for more than 2 months starting 1st August till now n day after 2morow I'll be at Tawau, Sabah for 2/3 days. Anyway, sbg hambaNya sdra harus brsbr serta menerima ketentuan Ilahi dengan redha. Semoga almarhum akan ditempatkan sebaris dgn para syuhada....

Anonymous said...

Salam Asraf et all,

Alam roh alam nyata, kita semua pasti kesana, hanya masa membezakan usia...

Semoga roh-roh bapa mika, ibubapa teman, sedara mara, juga rakan-taulan serta muslimin-muslimat di anugerahkan tempat sesisi orang2 yang beriman....

Anonymous said...

Ucapan takziah kpd Ashraf sekeluarga, semoga rohnya dan kesemua umat islam yang telah kembali ke rahmatullah termasuk bapa dan mertua chik ditempatkan dikalangan para aulia.... Assalamualaikum.