Friday, September 21, 2007

Mini Reunion Series 2: UK Resort, Batang Kali


31 Ogos 2007 - Samdol, Syed Amir dan gua kali ini meneruskan pengembaraan ke Batang Kali, Selangor. Rais tak dapat menyertai. Kali ini kami menjejaki sebuah lagi jeram yang sungguh mendamaikan.

Lokasinya tidak jauh dari Kuala Lumpur, perjalanan melalui Jalan Batu Caves - Sg Tua - Ulu Yam. Mengambil masa sekitar 1 jam pemanduan. Sebaik sahaja sampai ke pekan Ulu Yam Baru, ambil simpang ke kanan selepas balai Polis. Lebih kurang 2km melalui jalan kampung akhirnya kami tiba ke sebuah dusun "eksklusif" yang mempunyai kemudahan pondok-pondok kecil untuk berkelah yang dibina di tebing sungai yang dijaga bersih dan cantik.

Pondok kecil satu katil di kenakan bayaran RM50. Buah-buahan dari dusun tersebut pula bole diambil oleh penyewa sebagai pakej sewaan. Durian, langsat, dokong, rambutan dan sebagainya ada di tanam disini.

Tempatnya sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana sungainya yang sederhana dalam dan terkawal. Kalau budak mandi sehari suntuk pun ok sebab persekitarannya terselindung dari bahang mentari. Anak teman kalu bawak mandi kelaut, mesti sunburn macam udang kena bakar sebab bila turun ke pantai . Jadi lokasi sebegini lebih baik bagi kanak-kanak yang sukar dikawal.

So petang tu kita pun mula mengeluarkan ration yang dibawak masing-masing dari rumah. Masing-masing keluarga ada giliran memasak dengan menu tersendiri.

Macam-macam ada. Petang tu kita ber - bbq - ayam, ikan dan sayuran. Makanan memang banyak. Budak-budak yang kesejukan yang kelaparan menghabiskan makanan yang disediakan. Semua tak nak naik ke darat bila dah masuk kedalam sungai. Tak kira le anak sape.

Malam tu teman tak tidur kat situ sebab ada urusan. Tinggallah Syed Amir dan Samdol. Besoknya teman dapat tahu, Syed Amir pun terpaksa balik sebab anak perempuan bongsunya mula menunjukkan petanda untuk mengamok tengah malam. Maka tinggallah Samdol dan Yan sekeluarga. Pukul 1.00pm keesokkannya barulah diaorang balik.

Gambar tak de sebab lupa bawak kamera.

Selepas puasa (Oktober), kita dah merancang mengembara ke Pulau Sayak, Kuala Muda pulak..Penakan dan Shamnan dah ready nak sambut kita. Moh kita jadi nelayan bersama Penakan...!! Sapa yang berminat bagi tau le kat Syed Amir, Samdol atau teman.

Lepas ni kita akan organize Umrah plak..jeng..jeng

4 comments:

Anonymous said...

Pulau Sayak tak apa yg menarik. Pantainya kotor. Tapi boleh pekena Mee Udang. Ajaklah Penakan guna botnya, suruh dia bawa hangpa ke mana2 pulau yg dia tau.

Anonymous said...

Kalau nak yg lebih adventure, pi le ke Taman NEgara Penang (pantai Kerachut). Jalan kaki/tracking 2 1/2 jam baru sampai. Tempat berkhemah, mandi-manda ada. Minum air bukit, original punya. kalau nasib baik boleh jumpa penyu bertelur.

Anonymous said...

Ucapan takziah kepada saudara Ashraf keatas kembalinya kerahmatullah ayahnda tersayang..AL-FATIHAH

Ashraf said...

Cis Shamnana..awat hang nak bawak kami pi Pulau Sayak..mesti ada skandal nih.

Cadangan ke PUlau Sayak ni adalah idea Shamnana. Mungkin dia tahu sebab-musababnya.

By the way aku harap Penakan bawaklah kami ke Pulau yang sesuai dengan tujuan mini reunion akan datang.