Wednesday, September 5, 2007

Mini Reunion Series: Air Terjun Gabai, Hulu Langat

4 dan 5 Ogos yang lalu - Samjo, Syed Amir, Rais dan teman berkhemah di puncak air terjun gabai. Samjo yang 50:50 nak pergi masa tu sebab baru keluar hospital, tetap bersemangat memikul cabaran "menakluk" air terjun gabai walaupun kepala pening-pening lalat. Akhirnya setelah berehat dipuncak Gabai, nampaknya beliau lebih bertenaga.

Berkumpul dimasjid batu 14 hulu langat sekitar 4.30 petang, kami menuanikan solah asar berjamaah dan bertolak ke lokasi dituju dalam 2 jam kemudian. Sampai di kaki air terjun Gabai sekitar jam 6.30 petang.

Sambil memunggah keluar barang ada nyonya di kaki Gabai yang sedang duduk nak merendamkan kaki menyapa "wa..angkat mantat besat wo" (bawa bantal besar ke?), sebab ada salah sorang dari kami bawa bantal baik punya..macam bukan nak pergi camping je..

Kemudian pikul barang naik bukit lebih kurang sejam, kami sampai ke tapak perkhemahan. Stelah mendirikan khemah kami memasak. Hentam sajalah..biasalah Syed Amir jadi Chef..aku pun dah tak ingat apa yang dimakan..

Alhamdulillah malam tu yang gelap awalnya, dihiasi bulan yang agak terang kemudiannya. jadi kami tidor in the open air..khemah hanya jadi tempat isi barang sahaja. Sambil baring, berbual, makan apa sahaja ala kadar dan minum kopi air garam...sampai terlena..kami tidur berbumbungkan langit..sejuk jangat cakap la...

Gambar nanti sat akan di upload setelah di tapis oleh pihak berkuasa...bersambung

3 comments:

Anonymous said...

Pase apa x ajak aku woi? Aku pun nak camping gak. Ni kalau masuk2 utan ni mesti idea syed. Apapun lain kali war-war kan la. Kami pun nk bawa bantal, tilam, selimut dll.

Anonymous said...

Mana gambonye? tak dapat pegi, dapat nengok gambo pun jadi le....

Anonymous said...

Good words.