Friday, July 11, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA X7 & NORLIS - 26 Julai 2008

ANONYMOUS COMMENT WILL NOT BE PUBLISHED. PLEASE USE NICK NAME
Please click the image to enlarge.








Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Ayam dara di buat gulai
Bungkus bekalan letak di bucu
Riang gembira kedua mempelai
Semoga berkekalan keanak cucu

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

Ikan todak si ikan pari
Ikan linang di dalam peti
Adapun adat bersuami isteri
Senang dan susah sampai kemati


Tunduk segala rakyat jelata
Memberi takzim raja gahari
Raja rupawan di atas takta
Duduk memerintah barang sehari

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu

Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan

Sianak dara memakai lokek
Lokek tersangkut dihujung julai
Untuk majlis membelah kek
Jemput bangun kedua mempelai

Pergi berzanji di pekan pagoh
Beli sekati ikan senohong
Sudah berjanji bersetia tegoh
Jangan dimungkiri bercakap bohong

Bunga Melati dihujung dahan
Disunting dara dengan cermat
Suami isteri berkasih-kasihan
Seperti nabi kasihkan umat


p/s: Rais, engko dah terlambat. Cakap je bergegar tapi hampeh....

213 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 213 of 213
Anonymous said...

ajeeb,
sedih sungguh aku dengar cerita kau dulu-dulu tu, nasib baik aku tak macam kau.

Anonymous said...

masih ada lagi kat manjung lah, duduk kat desa bayu

Anonymous said...

Testing testing. Betul ke anonymous will not be publish

Anonymous said...

hallo mr/mrs/ms anonymous,

come on bro, please intro yourself
dak pun taruk le nickname yang patut.
pemuda harapan bangla ke

Anonymous said...

eh sorry yang atas tu aku. tersilap click.

Anonymous said...

Dear All...

Last 2 weeks, I've spoken with Prof Hatta Safuan on the posibility of gathering with our old lecturer during our tenure at ITM Manjung 1985. He confirming that he can arrange Suwardi,malik kotler and few others to be around..How? Berminat?

Anonymous said...

Mr Chairman,
Sebenarnya wa lebih suka kalau gathering tu diadakan kita2 sahaja, tanpa perlu ada lecturer & family...baru syok sikit nak bersembang & melakukan aktiviti2...tmptnya wa cadangkan di Manjung gak...kita sewa le chalet kat Teluk Batik, pagi sok tu kita melawat Manjung...kenangan tu...amacam?

Anonymous said...

Salam semua,

Joyoren a.k.a Azizul Rahman bin Ghazali (bukan adik beradik dgn Mohamad Ali bin Razalli & Azizi bin Ghazali walupun satu group buat presentation utk UIS kelas Ustaz Suwardi bin Sapuan),

Aku terharu gak kau kata Ustaz Suwaidi tu godfather aku....tapi aku rasa lebih tepat lagi godfather Meor Palam..sapa berani collect bola kat Ustaz Suwardi masa main bola kat jalan depan Block I masa maghrib kalau dia tak kamcing dgn Ustaz Suwardi? Meor Palam lah orgnya...(ataupun dia tak nampak pasal xpakai spec?)

Anonymous said...

Majlis BBQ Cum reception pengantin baru (perempuan)di Ipoh dicadangkan pada malam 23hb Ogos 2008..

Semua dijemput hadir (suami/isteri-isteri & anak anak ) dan sila confirm kehadiran..

Anonymous said...

Salam,
xperlu nak intro aku mat hopefully ada yg masih ingat kat aku.
Anyway aku rasa xlambat nak ucap tahniah pada kekawan yg dah ada isteri dan anak2 btw the the only weeding yg aku pegi ajeeb je back in 19...?
Insyallah ada events yg aku dpt dtg aku akan hadirkan diri.

Salam dr Klang.

Anonymous said...

Salam semua,
Amir, thanks for reminding the old times. Yang syoknye sungguhpun aku, AreLee & azizi dlm satu group masa present UIS tapi point aku le paling rendah. Infact UIS aku tak pernah lebih dr 1.67 dengan ust suwardi tu. bila pindah Shah Alam baru dpt point tinggi. Almaklum le aku ni dulu dah di cop 'perosak agama' dek ust tu. So ajeeb, aku simpati dgn cerita kau tapi aku ni lagi sikit sedih.
Biasa la kita dulu berjiwa muda, la ni bila dah tua (umur sahaja) & anak dah besar baru terasa bagusnya tindakan ust tu. Bak kata scholars "The old wants to change the young, the young wants to change the world".

Anonymous said...

Azizul,

Ustaz Suwardi dulu ada allocation utk 'markah akhlak'...probably hang xscore pasal markah akhlak yg dia bagi boleh makan percentage paper hang..
Anyway, aku teringat gak pasal jawapan Mat Gondjeng bila kena berdiri pasal rambut panjang...dia kata, "tengkuk saya panjang, ustaz..bukan rambut yg panjang..."

Anonymous said...

hampeh! ketinggalan lagi.

ku sangka teruna tua...
tiga rupanya...

zainurin hasnan (J19)
0126831040
zainurin@xenso.com.my
DIA pioneer

«Oldest ‹Older   201 – 213 of 213   Newer› Newest»