Tuesday, July 10, 2007

Malaysian Football Ranking Is On A New Low


Baru jap tadi tengok Malaysia kena 5-1 ngan Cina (ni buka racist aaa..) . Sedih aku tengok...isk..isk

+++++++++++++++++++++
Quoted from http://belacan.wordpress.com/2007/05/04/
malaysian-football-ranking-is-on-a-new-low/
by syahid ali @ 9:34 am

Malaysia may have all the Super League, Premier League, Malaysian Cup, FA Cup, or even Tongkat Ali Cup, but the reality is that Malaysian football quality is really on the decline.

We are currently at number 154 on the FIFA / Coca Cola World Rankings, and we lose to minor teams such as Hong Kong easily. Singapore is at number 124, Vietnam is at 140 and Indonesia is at 148. With all the super facilities and stadiums in Malaysia, we can’t even beat Swaziland, Antigua or Guinea in the rankings! Even Benin is at number 107!

Even if you watch the highlights of a local game, many aspects of the game is very poor with empty stadiums (okay, Kedah fans are not included). No wonder Malaysians are watching more English Premier League games or UEFA Champions League matches - a typical Malaysian Football quality / game is BORING. They can’t even pass the ball around well enough.

I hope FAM is doing something about this. We have all the money, infrastructures, coaches and more. With all the above, we should be, at least, below 100 in the rankings.

25 comments:

H. Badrol said...

Sorry Encik Ashraf,
Anda boleh bersedih dan tumpang bersedih tapi kalau negara dah corrupted, virus berlambak, teraju negara tak ada lesen memandu dan lesen memacu, yang berkuasa dah tak ingat betul ke, salah ke, halal ke, haram ke... bidang apapun tak akan berjaya. Jangan kan bolasepak, kalau ada pertandingan main guli sekalipun, Malaysia pasti di rangking bawah....
"JACK OF ALL TRADE, MASTER OF NONE"

Zai said...

Kena tunggu skuad bawah 12 thn skrg
itupun kalau depa tak dilanda virus.Tunggu anak Mokhtar Dahari pun nampaknya tak menyerlah.
Kita byk kehilangan player yg baik kerana rasuah suatu masa dulu Skuad Harimau.

DaMA said...

Aku tak pandai main bola, tapi tak boleh lah kategorikan terus aku sbg kaki bangku, totally! Aku memang minat tengok bola dan suatu masa dulu cukup seronok tengok skuad Kedah dan Perak (walaupun aku org Peghelih) hinggakan terikut-ikut pi berkhemah kat Stadium Merdeka dulu. Tapi, bila terbongkar dulu kes rasuh secara besar-besaran dlm bolasepak Malaysia, aku dah haus teruih minat dgn bola ni. Bila aku pi England, mai balik segala minat yg dulu-dulu. Aku mola sokong balik favourite clubs aku, Liverpool dan Tottenham H'spurs. Komdian, bila aku balik tengok (sikit) perkembangan bola di Malaysia, aku langsung cemuih tengok berita sukan. Rupanya, minat aku dgn bola ni cuma terkambuih disebabkan perangai pemegang-pemegang watak dlm sukan bola di Malaysia saja, bukan cemuih dgn sukan tu.

Aku ingat, bukan aku sorang ja yg mcm ni...sebab, bila aku bersembang dgn mana-mana John Doe kat Malaysia ni, sembang tu jadi rancak sebab banyak benda buleh komplen (bukan kutuk) dlm sukan bola Malaysia. Mcm abg Bad cakap, 'virus' dah berlambak, bukan takat bola saja, malah dah merebak ke sukan2 lain. Yg tak main atau yg bukan pemain yg sebenaqnya paling besaq punya virus. And I think, it is deteriorating from time to time... Sampai bila? Tak tau lah..

mat G said...

makan bola, tido bola, tendang bola. apa nak fikir pasal bola benda yg tak mendatangkan faedah kepada kita, kalau menang, apa kita dpt, kalau kalah apa kita dpt. fikirle pasal agama ke,negara ke

Ashraf said...

Salam,

Kalu di Colombia, penjaga gol yang control hansom rambut panjang ala artis glamour tu, pasti dah kena tembak.

Kalu rambut panjang macam M.Nasir atau Ali, tapi ada "weight" tak pe lah. :-)

Ashraf said...

Mat G,
Pencapaian Bola adalah antara KPI (Key Performance Index) penting yang turut dinilai bersama KPI lain bagi menunjukkan status quo sesebuah negara. Kita tangkap pot sebab kita rasa tak sepatutnya negara kita dimalukan oleh NPL (Nonsense Player or Non-Performing Leader - FAM)

Dengan fasiliti kelas pertama dan perbelanjaan ratusan juta, tetapi hanya pencapaian ditangga 154, ini adalah satu pembaziran yang sebenarnya dilarang oleh agama.

Ashraf said...

Salam,

Dulu aku pernah kerja dengan YB Dato' Jamal Nasir, Pengurus Bola Perak. Satu stigma dalam industri bola kita ialah "politik dan bola" tak dapat dipisahkan.

Orang politik kata kalu mereka tiada, bola akan berkubur. Walhal orang politik berminat dengan persatuan bola untuk batuan politikal mereka. (walau bagaimanapun Jamal berjaya mewujudkan perpaduan dikalangan pemain Perak kerana sikapnya yang tidak elitis dan dipercayai pemain).

Dalam banyak situasi, stigma "politik dan sukan" lebih mendatangkan keburukan dari kebaikan. Situasi ini mewujudkan budaya opportunistic samada diperingkat persatuan mahupun pemain.

Diperingkat kebangsaan, jurang ini semakin melebar berbanding negeri iaitu persaingan 2 kelas sosial, iaitu pegawai kelas elitis dan pemain yang terasa diperalatkan.

Pemain dan Pegawai ada "suspicious thinking" kepada satu sama lain. Pegawai FAM dilihat oleh pemain sebagai satu saingan kepada mereka.

Akhirnya perpaduan dan kepercayaan (trust) tidak lagi wujud diantara mereka kecuali persaingan sekadar untuk cari makan.

The prevailing thinking among the player is that, if they play hard and win, the opportunistic officials will make the undue claim.

In any game, players no longer give 100% commitment. 5-1 lost to China is the result of this epidemic. They went down to the pitch with this thinking, so what do you expect bro.

Pemain pula mula mencari skim cepat kaya kerana hilang jati diri. Persaingan kelas sosial antara pegawai dan pemain semakin sengit.

Dizaman kegemilangan bola dulu, situasi perpecahan dan persaingan antara kelas sosial seperti diatas tidak berlaku.

Isu kepimpinan dan perpecahan inilah yang wajar ditanggani terlebih dahulu barulah kita dapat melihat cahaya dihujung terowong.

Mr Chairman said...

Hemmp!!! menarik apabila kita yang melihat memberi pandangan kepada yang dilihat(pemain bola).

Cuba kita lihat balik kepada permainan bola itu sendiri (juga permainan lain). Apabila 2 pasukan bertanding, salah satu pasukan mestilah menang dan yang lagi satu mestilah kena kalah..Disini yang kalah kita & kita pun cubalah mencari sebab musababnya, dan sebab bukan kita yang bermain, mestilah para pemain/pegawai le yang kena hentam...

Saya pun dari dulu suka kat permainan bola nih..tetapi tak boleh nak main pun..tak larat..main 7 sebelah yang ambik masa 15 minitpun pitam..jadi saya ambik keputusan jadi penonton adalah lebih sesuai..dan semasa menonton pun ambik iktibar kalau pasukan pujaan kalah pun kenele terima sebab tau betapa penatnya main bola...

Rasa nye blend pemain pemain kita ni mungkin tak cukup kot.


1. Stamina - kuatkah stamina pemain kita berbanding pemain pemain negara sekeliling kita.

2. Pilihan - berapa banyak bakal pemain yang kita groom atau ada (pelapis) yang boleh kita pilih dari 20juta populasi Malaysia.

3. Pemakanan - Makan nasi hari hari mesti tak sama dgn yang makan daging hari hari.

4. Ganjaran - berapa banyak ganjaran yang kita boleh bagi kepada pemain kita.

5. Sais - rata rata sais pemain kita lebih kecil dari pemain negara lain kot. Masa zaman kita kalahkan Korea dulu..sais pemain korea purat a 5kaki setengah je..Tapi sekarang cuba le bandingkan...

6. Minat - Cuba kita tengok minat anak anak kita sekarang..berapa ramai yang turun padang main bola petang petang kalo dibandingkan dengan yang duduk terperuk dibilik main komputer..rasa rasanya dari ranking 157 boleh di kali 2 suatu hari nnti..

Apa yang kawan kawan lain kata kan seperti di atas mungkin ada betulnya dan apa yang saya nyatakan pun mungkin ada betulnya.

Samada kita boleh terimanya atau tidak je yang jadi persoalan..

H. badrol said...

Kegagalan boleh di akui, dan di perbaiki. tapi apabila bodoh, sombong, angkuh menjadi pilihan... kita dapat melihat betapa..
kasut bola dipakaikan ke mulut, tendang bola pakai buntut,
jersi branded disarung sampai lutut, saiz kecil dikatakan bantut.
Hallo kawan, itu Ardilles, Maradona, Namat Abdullah tarak besar woo... Lu panggil itu Hulk Hogan main bola mesti jahanam punya.
Makan ubi kayu pong kalau otak bersih mesti okay..... dulu kita punya tok nenek boleh lawan sama Nippon, lagi boleh elak peluru.
Sekarang the new Malaysian Generation sudah rosak...........
Persoalannya, siapakah yang merosakkan mereka???

LongJon said...

My word for Malaysian footbal team (with the exception of arwah Mokhtar Dahari and his gang's time), what i can proudly say is...

they are highly and totally corrupted and useless eversince. They have wasted the football fan's money and the worse part is, the taxpayers' money.

I agree with h. badrol, physical size does not the matter but spirit and mental are the 'real matter'.

As for the Malaysian football fans:
The team is totally 'Tak Boleh'. Better teach them how to 'bang & kick' their balls rather than asking them to 'run & kick' for the ball...

Ashraf said...

Sham Nana,

Awat hang tak sampai nasional level aa? Lemah Mental atau Fizikal :-). jgn marah..saja tanya orang pengalaman bola..

Kaki bangku said...

Lets agree with the disagreement!!!

Walaubagaimanapun kita sama-sama kena ingat satu perkara :

Kita sama sama masuk sekolah yang sama, cikgu yang sama, time belajar yang sama, peperiksaan kertas yang sama, tetapi results lain lain..

Lepas tu masuk Universiti yang sama, lecturer yang sama, kertas keje yang sama, exampun sama paper..ada yang abis ada yang idak...yang abis , kluor kroje ada yang dapat koje bagus ada yang idak..ada juga yang tak abis belajo pun berjaya kalah orang abis belajo...

Takkan kita nak salahkan Universiti?,lecturer? atau kertas periksa susah kot?.. Sendiri mau ingatlah...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

Jadi..entah le..kita ingat kita bagus..rupanya idak..BOLA! BOLA!

H. Badrol said...

Encik Ashraf......
Daripada berjuta rakyat Malaysia tak lebih 30 yang terpilih, Sham Nana yang kita rasa terror pun tak dapat... tu tak masuk lagi anak2 orang asli yang langgar kerbau pun kerbau boleh mati, jadi......
1/ Adakah pendekatan memilih salah?
2/ Adakah pemilihan dilakukan secara SMS?
3/ Adakah yang memilih itu buta dan di butakan?
4/ Adakah yang di pilih itu main bola pakai mulut atau poket atau talian persaudaraan?
5/ Mungkin yang dipilih itu benar2 pandai main bola, bola apa?
6/ Yang memilih pemain itu siapa? Santokh Singh, Tauke Soh Chin Aun, Azizul terkorup (tak sengaja).... Oooh Lupa... mereka ini tidak berpelajaran, tiada juga kuasa bercakap kerana mereka ini ex-footballer, tak ada masa nak study. Shebby berusaha keras (cara dia laa) tapi kena ikut skrip KJ. mana pegi Karathoo?
Siapa yang berebut nak terajui bolasepak negara, semuanya yang pandai bercakap sebab benefitnya banyak woooo....

Ashraf said...

Sah NPL...Nonsense Player, Non-Performing Leader & Naya Peminat Lagi...nasib baik la aku tak pergi tadi..

Kamal said...

kat malaysia ni berlambak orang miskin, pada kita berbangga dgn kemudahan bertaraf dunia, kan bagus kita bantu saudara kita yg miskin. Dont be like brazil and other south american countries.Bola adalah adalah cara melupakan rakyat dari kesusahan mereka. same thing dgn citer bollywood. citer diorang meletup dipawagam India sebab rakyat miskin masuk pawagam sebab nak rasa selesa tidur.

Kan bagus kabinet bincang pasal pembangunan rakyat dari pembangunan bola, pasal bola takpayahlah sampai kabinet kena meeting.

Jgn terleka dan dgn isu bola, kita lebih byk isu besar lg yg belum selesai wahai saudaraku.
Mat G

H. Badrol said...

Mat G,
Aku setuju ngan engkau.... stop blog ni, jum pegi perang!!!!
Malaysia ni memang sudah dan sedang di huru harakan, cumanya entah berapa kerat aje yang perasan... sebab kita orang melayu terkenal dengan budaya tak ape.., bior le, usah le menyibuk....
tapi hakikatnya semua mereka nak kaut, yang di naikkan gaji entah berapa peratus sedar itu adalah amanah dan tanggungan. yang memimpin sudah tidak lagi menghulurkan tangan (alah sibuk jawab talipon, macam iklan jalanraya tu...) malah ada yang sudah menabur tuba pada rakyat...
Masaalahnya... dengan siapa kita nak berperang?
Adakah dengan pengantin baru lama, Pak L dan Mak Jin, atau adakah dengan mereka yang bertopengkan pangkat dan gelaran, atau adakah dengan diri sendiri?
Ada berani kaaa?
Encik Ashraf, mintak bukak satu lagi topik, alaa yang lebih direct.
Yang cukong2 tu tak best jadi tajuk. Tajuknya kenalah yang ada bunyi "tuuut", barulah cepat blog ni kena banned. Apa macam Mat G, kita berjuang bermati-matian.
Oops lari tajuk..... kembali ke pangkal jalan..,.,
'Kami suka main bola, hari2 kami main bola, sampai kena rampas ngan Suwardi'

Ashraf said...

Tuan Badrol,

Bawak bbbebesaborrr...jgn perang lagi. La ni apa kata kita buat futsal Zone utara lawan zon tengah.

Mat G, bab bola ni dia tak tangkap pot..dulu masa suwardi ligan dia tak main pun..

Anonymous said...

Tahu kah kita semua bahawa perlawanan bola sepak dicipta/diadakan untuk mengelakkan perang antara puak sesama puak, negeri sesama negeri, negara sesama negara????? Perlawanan bola sepak diadakan bagi membendung sikap manusia yang suka berlawan antara satu sama lain..Berlawan bola diatas padang kurang/tiada risiko pertumpahan darah dan kebinasaan..

Kamal said...

Perang?sekarang ni bloggers sedang diperatikan, cakap mmmg mudah sebab lidah tak bertulang tapi kalau tuan berminat perang, sila ke palestin

H. Badrol said...

Palestin ada rakyatnya sendiri, malah pemimpinnya pun ada.
Hujan peluru negeri orang, hujan emas negeri sendiri, tapi kenapa ye rakyat negeri ini tak murah rezeki mereka? Apakah hujan emas telah ditapis.......
Kenapa begitu ramai tok lebai, tok sheikh dan tok janggut (Tok Lee tak termasuk) meninggalkan ibu bapa, keluarga, anak bini di Malaysia untuk berjuang aka berjihad di Palestin, di Iraq, di Selatan Thailand dan entah di mana2 lagi...... sedangkan di negeri sendiri berlambak macam2 jenayah yang lebih mengerikan, apakah takut di perhatikan??
Salahkah kita berperang demi menegakkan kebenaran? Kemanakah perginya kesedaran dan keinsafan jiwa bila melihat melayu islam dikafirkan?
Berjudi, minum arak itu haram, mendedahkan aurat ikut majlis, rasuah ikut job value dan yang paling menyedihkan di hujung zaman ini masih ada hamba sahaya......
Okay la, sedara2, kawan2, Dato'2, Tan Sri2 dan Datin2..........
Saya mintak maaf kalau ada yang terguris dan terhiris, sebab apa yang di notakan di sini hanya sebagai keinginan untuk menjanakan kebebasan minda. Setidak2nya mungkin ada yang perasan atau berpikir lebih jauh.
Mat G, nanti kalau nak ke Palestin aku beli tiket kapal laut untuk engkau sekali, kita gi holiday.
Jangan marah Mat, melawak demi negara.
"Saya suka main bola, hari2 saya main bola, ada macam2 bola, paling best parabola"

Kamal said...

jgn silap,palestin bukan masalah mereka, palestin adalah masala Islam, mereka berjuang bukan setakat nak negara tapi nak kedaulatan islam, oleh kerana kita tak mampu sumbang tenaga, kita sumbang le duit ke or at least doa kita utk mereka.telah menjadi resam dunia mereka yg kaya akan mengejar kuasa dan mrk yg berkuasa akan mengejar kaya so kita yg ditengah ni berusahalah berebut sama. jgn jadi bola sudahla, ditendang kesana kemari akhirnya ball picker simpan dalam stor aje

Bola Bulat said...

Bola sepak memang untuk di sepak terajang En. Kamal, tapi rasanya teman tak setuju le kalau mike ajak sedara sedara ni berebut harta dunia mengeko korporat keparat yang ade. Kita harus ade pendirian, macam En.H.Badrul kata setidak tidaknya yang haram tetap haram. Kompeeuse le teman...

Kamal said...

bukan berebut cara mereka tp kena cari supaya kita boleh membantu sedara kita yg lain.kalau kita semekin apehe yop nak nolong.Rezeki Allah maha luas.Allah tak larang kita jadi kaya cuma mengingatkan kita bila dah kaya kena bantu org miskin, itu aje.

Mat G

Kamal said...

kawan aku kata malaysia menang pestabola merdeka sebab player belum glamer lg. tunggu la bila dah glemer, masuk majalah hai, hancuss...cam player malaysia sedia ada, rambut panjang, kaler2, masuk majalah bergambar dgn artis. badminton pun sama, hafiz langsung lebuh bila dah glemer. Shalin boleh maju dlm bowling sebab kurang cantik, kalau lawa sure hancur jugak. ini kawan aku kata, bukan aku kata. aku tulis dlm ni sebab kawan aku takboleh join group ni.

Mat G

h. badrol said...

Mat......
Yang ni aku setuju, sebab glamor pun satu virus jugak.