Tuesday, July 17, 2007

Sdr Zulkefli Shafie Kembali ke Rahmatullah

Sdr yang dihormati,

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai maut. Semalam tiba giliran Sdr Zulkefli Shafie atau Pak Aji from DIA Class of 1985...

Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 230pagi semalam 16/7/07 bersamaan 1 Rejab 1428H. Almarhum menghidapi sakit misteri selama hampir 3 tahun. Mungkin Jay atau Tajul mempunyai lebih maklumat tentang penyakit yang dideritai oleh Pak Aji selama ini.

Kini almarhum telah memulakan perkalanaannya ke alam barzah, iaitu lokasi transit sebelum ke alam akhirat.

Maksud firman Allah:

"Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya). 62:8"

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa , lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); 67:2"


Dari KL pagi semalam, Sdr Samjo, Razif, Syed Amir dan Khairul@Yo berkesempatan dan diizinkan Allah untuk menziarahi jenazah. Saya terpaksa membatalkan hasrat disaat akhir kerana halangan yang tidak dapat dielakkan.

Dari Ipoh pula Sdr Meor Chairman, Zai, Azizi, Amir dan beberapa orang lagi turut berkesempatan menziarahi beliau disaat-saat terakhir sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Tidak kurang member-member di Penang yang tak dapat namanya disebutkan disini, kebanyakan turut menziarahi.

Di situasi sebegini, marilah kita mambaca Yasin dan Tahlil sebagai tanda ingatan kekerdilan manusia terhadap kebesaran Ilahi, dan semoga intipati bacaannya difahami dan pahalanya kita niatkan untuk almarhum dengan izin Allah swt yang maha pemurah lagi penyayang. Al-Fatihah.

16 comments:

Kamal said...

Saya masih ingat wajah ceria masa last saya visit dia. saya tak dapat ziarah dia, saya sempat solat ghaib utk dia. semoga ALLAH mencucuri rahmat atas rohnya dan mengurniakan ketabahan hati kepada ahli keluarga yang ditinggalkan.
ameen

Mat G

Anonymous said...

Azizi atau Amir ada ambil gambar beramai - ramai masa bersama dia masa kita visit dia dulu. Harap Azizi atau Amir dapat bagi gambar tu kat Asraf untuk diupload di blog ini.

Tajul said...

Assalamualaikum,

Arwah, semasa sakit tidak pernah pergi mendapatkan rawatan dihospital. Semua rawatan adalah dari doktor swasta di rumah & berubat cara kampung.
Semasa hari beliau meninggal(umur dibawah 50 tahun perlu dibedah siasat dan tiada rekod perubatan hospital).Zul Yunus ada dihospital pada pagi tersebut.
Pihak Kariah Tasek Chempedak telah menyediakan persiapan untuk memandikan mayat dirumah & doktor yang bertugas pada hari tu lewat sedikit hingga ke pukul 1.00 tengahari. Pihak hospital juga ada menyediakan perkhidmatan memandikan mayat & pihak keluarga telah bersetuju untuk dimandikan dihospital memandangkan urusan menjadi lebih mudah dan pada masa tersebut ada lagi satu kematian di Tasek Chempedak.
Semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau.

DaMA said...

Aku akan terus menyesal dan ralat kerana tak sempat menjengok Allahyarham Are-G semasa dia masih ada hayat, sekembalinya aku dari UK. Aku suka mengenang beliau sebagai seorang yg pemurah lebih-lebih lagi dalam bab meminjamkan motor dia kat aku. Tapi bila aku bermotor, tak pernah pulak dia mintak pinjam dari aku?! Ni yg aku rasa ada something tak kena dgn aku ni... Dan kalau betol mcm tu, bertambah-tambahlah ralat aku sebab tak sempat mohon maaf dari dia. Semoga Allah mengampunkan dosa aku pada beliau dan dosa beliau sebagai manusia biasa dan Allah berkenan menempatkan rohnya bersama roh orang-orang yang beriman.

Tinggallah kita yang masih ditemani sahabat dan keluarga. Namun perjalanan kita akan sampai ke penghujung, semoga kita mampu membawa bekalan secukupnya sebelum mengadap Allah. Insha-AlLah.

Ashraf said...

DAMA,

There is the way to recover your ralat to Pak Are G.

According to Tajul/Zul, almarhum is leaving behind, a wife and a child which need to be look into.

Her wife is already on a bankcruptcy judgement over a business loan, they took before.

She also have no job at the moment.

So how can we help them? Please share your idea.

May Allah yang Maha Kaya show us the way..

Mr Chairman said...

Ashraf...ASAP

Until Dama share us his ideas..pls launch new collection/"tabung" campaign for the Almarhum's wife & kids. Maybe Tajul's account to be used as the pool account and Tajul be entrusted to deliver on weekly basis shud there be money to be deliver..I believed many will helps.

Ashraf said...

Sdrku,

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Sumbanglah setakat yang sdr mampu, setiap sumbangan balasannya 700 kali ganda minimum. Pelaburan RM1, nilai pulangan adalah RM700.

2:261 Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan ganjaran bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

MBB - Waheeda bt Abdul Halim (Tajul Wife) - 107116056320
RHB - Tajul Ariffin - 10702800136513.

Pls SMS Tajul 012-5551093 to update your contribution.

Dimasa yang sama marilah kita cuba usahakan macamana untuk Isteri beliau dapat melakukan sesuatu bagi menjana mata pencarian hidup.

Anonymous said...

Xmanjung,

Kita bagi la RM10.00 sorang. Kalu tak de bagi la RM5.00. Jangan tak bagi langsung.

Sapa nak lebih pulangan, bagi la lebih.

Chiao.

DaMA said...

Ashraf and the rest

To solve the family that he left with this kind of problem is not an easy task, and even if we manage to, it won't be solved at a blink of our eyes.

I do agree with Mr Chairman's idea to launch an immediate fundraising campaign. But again, the campaign won't last forever, thus she need to be guided in such a way that she and her child can sustain, survive and later can strongly emerge from their problems.

I am not so sure (with her bankruptcy status) if she is eligible for Bantuan Ibu Tunggal (why not..??!). In my humble opinion, the first thing that she can do is to get herself registered with Puspanita, and Nurita (NURITA is another name for Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. Menterinyer yg ader bibir paling merah menyaler...Kain tudung diselepang jer kat bahu...)

There is another charity by the name of Baitul Fitrah, which is actively helping orphans and single mothers, run by two ladies. (probably, we could find them on the internet as I saw their homepage with a sheer luck).

All three organisations that I mentioned above would be able to guide RG's widow either to find job, or to participate in any workshop/training programme that later can help her if she wants to start her own business. While waiting for that, we could continue to ease her burden with our 'jariah' as proposed earlier by Mr Chairman.

Again, this is just my humble opinion and it might not be the best solution. Let's hear from others and if I can be at any help, please gimme a shout...

We help others to ease their lives... and may Allah help us and widening our future path.

Allah hafiz.

Tajul said...

Todate collection at RM 250.00. InsyaAllah, minggu ni kalu tak ada aral, saya akan sampaikan kepada keluarga arwah Pak G.

Ashraf said...

Salam,

Hakikatnya masih ramai lagi yang belum menyumbang.

Kepada Warga yang masih belum menyumbang, kasihilah tinggalan saudara kita ini sebagaimana kita mahu orang lain melakukan kepada tinggalan kita sekiranya kita pergi dulu...

Pasti ada keberkatan dan balasan baik insyallah.

Ashraf said...

Tajul and Friend,

IMHO adalah dicadangkan bahawa duit tu beli grocery dapur (bagi barang) instead of duit cash.

tajul said...

Semalam, ada wife arwah Pak G talipon, bertanyakan tentang submission EPF & etc... Buat masa ni dia banyak keluar untuk selesaikan masalah bank, EPF, mahkamah..jumpa lawyer etc... saya rasa elok kita bagi cash kat dia sebab tiap kali keluar tentu guna duit minyak, tambang etc...apa pendapat kengkawan?

Ashraf said...

Tajul,

You decide what is the best as you know better the priority.

Mr Chairman said...

Hai Guys..

time is ticking, value is sinking..before we forgot, better rushing to collect points at our right shoulder's books...pour some to the needy wife of arwah Pak Argi...

Hope the amounts keep increasing..!!!!!!!!!

Kamal said...

Ustaz aku kata pada kita bazirkan duit buat jalur gemilang besar-besar masuk book of recod, lebih baik duit tu kita bagi pd org yang memerlukan.

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!