Wednesday, July 25, 2007

PADAM LA PULOK....!

Ada tengok iklan kopi Lasindah..aa?

M Rajoli. Tagline dia "KUAT LE PULOK" (Sila baca dengan loghat Kelate atau Ganu)

PADAM merujuk kepada PARTIAL ANDROGEN DEFICIENCY AMONG MEN. Ini bukan PEMADAM ok.

Satu ceramah Kesihatan Tuan akan diadakan pada 27/7/2007 - Jumaat Lusa

  • Masa: 230 - 430
  • Tempat: Auditorium Tingkat 13, Bangunan LPPKN Jalan Raja Laut (Depan Pejabat MARA), KL
  • Penceramah: Dr. Mohd Ismail Tambi

Kepada sesiapa yang ada masalah PADAM atau hampir PADAM (atau malap sikit) atau ingin mengelakkan dari masalah PADAM, atau nak tahu masalah PADAM, silalah datang pada masa/tempat seperti diatas.

Terbuka kepada TUAN dan PUAN.

Sekian harap maklum.

Tuesday, July 17, 2007

Sdr Zulkefli Shafie Kembali ke Rahmatullah

Sdr yang dihormati,

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai maut. Semalam tiba giliran Sdr Zulkefli Shafie atau Pak Aji from DIA Class of 1985...

Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 230pagi semalam 16/7/07 bersamaan 1 Rejab 1428H. Almarhum menghidapi sakit misteri selama hampir 3 tahun. Mungkin Jay atau Tajul mempunyai lebih maklumat tentang penyakit yang dideritai oleh Pak Aji selama ini.

Kini almarhum telah memulakan perkalanaannya ke alam barzah, iaitu lokasi transit sebelum ke alam akhirat.

Maksud firman Allah:

"Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya). 62:8"

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa , lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); 67:2"


Dari KL pagi semalam, Sdr Samjo, Razif, Syed Amir dan Khairul@Yo berkesempatan dan diizinkan Allah untuk menziarahi jenazah. Saya terpaksa membatalkan hasrat disaat akhir kerana halangan yang tidak dapat dielakkan.

Dari Ipoh pula Sdr Meor Chairman, Zai, Azizi, Amir dan beberapa orang lagi turut berkesempatan menziarahi beliau disaat-saat terakhir sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Tidak kurang member-member di Penang yang tak dapat namanya disebutkan disini, kebanyakan turut menziarahi.

Di situasi sebegini, marilah kita mambaca Yasin dan Tahlil sebagai tanda ingatan kekerdilan manusia terhadap kebesaran Ilahi, dan semoga intipati bacaannya difahami dan pahalanya kita niatkan untuk almarhum dengan izin Allah swt yang maha pemurah lagi penyayang. Al-Fatihah.

Tuesday, July 10, 2007

Malaysian Football Ranking Is On A New Low


Baru jap tadi tengok Malaysia kena 5-1 ngan Cina (ni buka racist aaa..) . Sedih aku tengok...isk..isk

+++++++++++++++++++++
Quoted from http://belacan.wordpress.com/2007/05/04/
malaysian-football-ranking-is-on-a-new-low/
by syahid ali @ 9:34 am

Malaysia may have all the Super League, Premier League, Malaysian Cup, FA Cup, or even Tongkat Ali Cup, but the reality is that Malaysian football quality is really on the decline.

We are currently at number 154 on the FIFA / Coca Cola World Rankings, and we lose to minor teams such as Hong Kong easily. Singapore is at number 124, Vietnam is at 140 and Indonesia is at 148. With all the super facilities and stadiums in Malaysia, we can’t even beat Swaziland, Antigua or Guinea in the rankings! Even Benin is at number 107!

Even if you watch the highlights of a local game, many aspects of the game is very poor with empty stadiums (okay, Kedah fans are not included). No wonder Malaysians are watching more English Premier League games or UEFA Champions League matches - a typical Malaysian Football quality / game is BORING. They can’t even pass the ball around well enough.

I hope FAM is doing something about this. We have all the money, infrastructures, coaches and more. With all the above, we should be, at least, below 100 in the rankings.