Wednesday, December 5, 2007

Jemputan Walimatul Urus

Click image diatas untuk besarkan gambar

Kerepak-kerepak kebum kebum kebum kerepak kerepak kebum kebum ! (bunyi kompang daa..)

Dengan segala hormatnya, Saudara Zai (gambar di bawah). Harap maaf, gambar pasangannya tidak dapat di kesan lagi buat masa ini. Harap beliau sudi menyerahkan kepada kita untuk tujuan tatapan bersama.



menjemput anda semua untuk ke majlis perkahwinan beliau yang ke..... (pertama atau kedua ...tak sure plak?)

Tarikh: Ahad, 6 Januari 2008
Waktu jamuan: 12 - 5 ptg
Tempat: Dewan Perbandaran Taiping

Sekian harap maklum,








Turut mengundang, Ayah Chor

59 comments:

Zainuddin said...

Assalamualikum kawan2,
Saya dengan besar hati menjemput
semua ke Majlis Perkahwinan saya
seperti yg ada di depan(Kad Jemputan).
Mai Jgn Tak Mai

DaMA said...

Wa'alaikumussalam warahmatulLah

Zai, terima kasih laa sbb hang kawin dulu sebelum aku dapat menantu. Anak aku dah tak sabaq-sabaq nak kawin, tapi aku cakap kat dia, nanti sat.... bagi Uncle Zai kawin dulu...

Anyway... CONGRATULATION Bro!! Itu lawak aku utk 'bachelor nite' hang. Aku insha-Allah akan pi, walau pun aku kena naik bas lompat-lompat. Aku pi sbg wakil Joe Pinto sama sbb dia tak sempat balik, boleh aku makan bnyk-bnyk!!

(Silap-silap Joe Pinto balik sat kot, hantaq anak dia dulu...) Joe??? Any word from you?

Ajeeb said...

Alhamdulillah...bertemu jodoh gak akhirnya sahabat wa sorang ni, tak le lagi dok sorang2 lepas ni...

chik said...

zai, tahniah semoga kekal hingga akhir hayat. Tak dapat pi la sebab ada kenduri lain kena jemput.

amir said...

Assalamualaikum,

Tahniah, Housemate!! Hopefully, kekal hingga ke anak cucu.. (cuma yang takutnya hang dan aku tak merasa nak melihat cucu la..By the time kita pencen pun, anak sulung (InsyaAllah jika dikurniakan Allah) tak abis sekolah menengah lagi)but anyway, sampai gak jodoh kita, walaupun quite late compared to everyone else...Tahniah, Bro...

Rais a.k.a. Long Jon said...

Salam utk Pengatin et al,

Congratulation bro.....

Akhirnya hang jumpak jugak 'Sarung' yang hilang. Pasti kan keris kali ni tak terbang melayang-layang macam pinggan mangkuk...

Modai? itu hang kena tanya ShamJo atau Ayah Chor....depa boleh turunkan ilmu Cekop Cedok baik punya!

Teman kalau umo panjang..sampailah ke Tepen nanti...insyaAllah

Mr Chairman said...

Terima kasih kerana menjemput....InsyaAllah sampai segerombolan

85617883 (are lee) said...

Assalamualaikum.

To Zai. Tahniah bro... Wa pasti akan mai utk tgk lu sanding. Dh lama x tgk kengkawan sanding.
Kpd kengkawan yg nak mai discuss2 la skit. Kut kut mlm tu kita bleh lepak kt mane2 ke. Sambil tu bleh gak "derma2" sen ke... Samdol tentu minat nak bls dendam.

Amir & X7 : Jgn buat2 lupa lak.

amir said...

Assalamualaikum,
Cecadangnya nak duduk kt tempat ari tu, di Bukit Jana.(Mr Chairman, takde special discount ke?) Kalu nak bersidang malam tu pun senang je..
To Are Lee,
Aku tak mau partner ngan X7 lawan badminton ngan hang n Jay..Suruh je X7 solo lawan hangpa berdua..Tapi net aku boleh sponsor..

Mr Chairman said...

Special discount can be arranged subject to nos of confirm rooms needed...please tender the required units..

85617883 (are lee) said...

Awat plak ni amir? Hang x konfiden ngan x7 ka? Alaa... main je la. Mmg kalau ngan org tua tu aku pun x konfiden.
Bukan susah sgt pun. Mission hang cuma tlg angkat bola tanggung je. Pastu nanti aku smash kat dagu dia. Itu kira aku x la kejam sgt. Kalau jay, bukan kena smash ngan shuttle silap2 dgn reket skali kena muka x7.

Apapun.....JGN LUPA BAWA NET!!!

amir said...

Assalamualaikum kengkawan,
Mr Chairman SMS saya semalam tanya pasal agenda "Mini-Reunion' sempena perkahwinan Mr Zai kita (CONFIRM pernikahannya yang pertama!)nanti. Since kita tak tau lagi sesapa yang InsyaAllah akan hadir, tak bolehla kita nak plan apa aktiviti yang nak di buat dari ari Sabtu (lepas check-in) sampai Ahad (lepas check-out & attend kenduri Zai di Dewan Perbandaran)..
Soooo, let's start the ball rolling...Confirmkan attendance & whether you're bringing along your family, baru:- 1. Kita suruh Mr Chairman mintak discount gegila kat Bukit Jana 2. Plan aktiviti yang patut2, tapi yang aku boleh confirm, malam tu nanti musti ramai yang bersidang.. (To En Ramlan, jangan lupa sorok duit syiling dalam kain pelikat)..

DaMA said...

Aku confirm datang tapi tak confirm nak bawak sapa lagi, bini ker buah hati. Tengok laa sapa yg akan menyatakan persetujuan...

jazz said...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sampai jugak seru budak zai ni, mudah-mudahan berbahagia ke anak cucu.Insyaallah aku akan usahakan untuk hadir ke majlis tersebut.

Zai said...

Mai kenduri aku awai sikit tau,
kalau boleh sebelum pukul 2.Boleh aku cepat berehat dan beradu.

Mat Ros said...

A'kum...
Soryla, dh lama tk chatting. Agak sibuk la muttakhir ni. Sibuk dgn 'BERSIH' n 'HINDRAF'. Tggjwb dgn masy. terbyk pun kena dilaksanakan (Sory Ashraf).
Jst 4 info, i'm going 4 long course (1 year) at Maktab PDRM Cheras by end of ths month. So, i'm no more in CCID bt any problem, i'm alwz ready 2 share wth u all.
To our friend, Zai..
Hepy wedding (at last), ingatkan dh x blh pakai (sory)... Aku doakan moga bhgia hgga hujung nyawa. InsyaAllah, jika pjg umur n ada kesmptan aku akan turut meraikan hr yg bhgia tu... Jgn pas ni trmenung kat tangga n brfikir (kalu tau sdp, 20 tahun lalu aku khwin)

X-7 said...

Assalamualaikum sume,

Zai, tahniah!..akhirnya hang jumpa gak jodoh hang. Kalu takde pengapit aku volunteer.

85617883 (are lee) said...

Salam utk sume.
Woi! woi! sume, X7 dah stat chat. Ni yg syok ni. Semangat aku tetiba je bergelora.
X7 ada ati nk jadi pengapit zai. Hang kena ingat X7 sut melayu hang tu dah kecik. Bg chance la kt anak teruna spt Ahamat ke, Wak Rahim ke, Dan Mangkuk ke. Nanti baru depa naik semangat.
X7 hang jadi drebar dah la.

Zai said...

X-7,
Cadangan hang aku consider dulu,
pasal kalau hang jadi Pengapit ok jugak, baru aku terasa muda.

Ayah Chor said...

Ayah Chor cadangkan X7 bawak tepak sireh...baru le nampak matured sikit..kalu jadi pengapit tak berapa manis la ni..

Ajeeb said...

bab x7 nak jadi pengapit tu wa x kisah sgt, sebab dia dah experience naik pelamin byk kali...jgn dia nak dendang lagu "Jejaka Idaman" lagi dah le...

amir said...

Assalamualaikum,
aku setuju sangat kalu X7 jadi best man untuk Zai, sebab 1)dia memang banyak pengalaman bab2 nikah kawin ni..kalu Zai terkedu masa akad nikah nanti, dia boleh tolong guide..cuma jangan dia yang tolong jawab sudah la..2) Memang Zai akan nampak muda belia bila X7 ada sebelah...

Tapi bini mana yang X7 akan bawak jadi pengapit pompuan?

85617883 (are lee) said...

Salam semua.
Zai,
Hang dah fikir abis2 ka? Pengapit tu merangkap la mak andam lelaki. Hang sanggup ka kalau nanti X7 ikat sampin hang ala2 ada bunga ros mcm cite p.ramlee tu, tengkolok senget, letak sapu tangan kat poket baju melayu atas....eeeiiiii ngeri la bro...
Amir,
Lu ni sokong wa ka sokong X7? Lu sokong X7 bermakna nak sabotaj kat zai. Kesian la kat zai oiii... Memang la zai akan nampak muda belia kalau X7 ada di samping (itu aku x nafikan) tapi nanti apa kata orang ramai. Takkan zai kawan dengan org tua2 je? Nanti bini zai pun mesti rasa x syok dok bayang lepas ni nak kena layan org tua2 kawan laki dia.
Kalau X7 nk tolong guide masa nikah tu aku no hal. Kita serahkan pada yg pakar. Itu bukan best man tapi jadi saksi.
Ayah chor punya cadangan X7 bawa tepak sireh tu orait gak. Tapi kalau kena jalan kaki jauh2 problem gak. X7 kan ada gaut....(menurut kata mr chairman)

meor yang lagi satu tu.. said...

Salam Untuk Semua,

Teman baru dapat tau pagi ni pasal zai nak nikah. syukur alhamdulillah. semoga berkekalan dunia akhirat. Tapi teman dimaklumkan oleh tuan punya badan yang diapun kawin juga. kawan kiter yang di t'ganu tu dah menikah lagi..dah masuk kali ke 3 ler tapi minus one. dah lepaspun i.e pada 7 dis. yang lalu disana katanya. semoga omb di t'ganu berkekalan hingga ke anak cucu cicit

ajeeb said...

Amir...dlm kita dok sibuk2 tanya siapakah gerangan orangnya (another gathering), nampak gayanya Om dah mendahului...yg ke 3,hebat..hebat..tahniah Bro Om!!!

Zai said...

Kat Taiping tak dak sanding mgkn di Lenggong ada kut,aku pun tak tau.Aku ikut ya.

Ayah Chor said...

Kat Lenggong area mana tu yope...Sedara Saipul atau sedara Kartina ka?

Anonymous said...

kecik kecik cili api si Om tu!!!

Mr Chairman said...

Guys!!! Hadiah kawin Zai nak tontong atau beli sendiri sendiri?

Zai said...

Lenggong ,Kg Sumpitan

Anonymous said...

Majlis akad nikah di Lenggong pkl 11.30 pg,Yang nak join bgtau

Zai said...

Akad Nikah di Lenggong 5/Dec'07,pkl 11.30 pg.Ada kelapangan mai la

Zai said...

Minta maaf tarikh 5/Jan '08

amir said...

Assalamualaikum,

Mr Zai dah jemput kita mai kenduri both kat Lenggong ngan Taping, dan ikut kata dia takdak bersanding kat Taiping nanti..So, sesapa yang teringin nak tengok Mr Zai siap pakai macam pahlawan Melayu, dialu2kan ke Lenggong..(Rest House tak disediakan,OK..) on Saturday 5/1/2008. As for me, aku InsyaAllah akan ke Lenggong...then baru ke Taiping..(Mr Chairman, make sure ada good discount untuk bilik kat Bukit Jana..)Kalu ada kengkawan yang nak join plan aku ni, kita kumpul kat Kuala Kangsar
Toll Plaza jam 10.30-11.00 a.m Saturday 5/1/2008..(subject to change ikut rombongan Mr Zai)
To X7, kita cakap suruh dia tunggu jam 7.00 a.m (sebab dia mesti sampai lepas jam 12.00 punya, Macam ana nak jadi bestman?)
Hadiah? aku propose kita kongsi ramai2..The last time kita buat macam tu masa X7 nak kawin kali pertama dulu in 1990 (hang dah kawin 18 tahun, X7?)Please give your feedback...TQ

amir said...

Assalamualaikum,
Lupa lak nak mengucapkan "TAHNIAH!!" buat Bro Om kita di Tengganu..Nanti masa kita buat next Grand Reunion maybe hang ngan X7 boleh share hangpa punya experiences ngan kengkawan semua..Berani bet ada yang meng'idolised Bro Om...

meor yang lagi satu tu.. said...

Salam,

pasal konvoi ke taiping or lenggong tu, bior ler ramai2, baru ler seronok hero kita tu..tapi teman kalau ada rezeki ikut kawan2 dari KL yg nak turun..mampu ke taiping ajerlah..maklumlah..bebudak baru mula sekolah....tapi pasal hadiah tu..teman ikut ajer....bebudak ipoh ada plan lain ke pasal nak ke kenduri tu..what say u mr chairman

Mr Chairman said...

Kalau nak ke Lenggong..boleh jgak..maybe pool with my car...7 of us can go in my AFF7788..Next day ke taiping of course my family will follow...Hadiah kita tontong..boleh beli besor sikit.......

Ayah Chor said...

Rais,

Hang pergi tak..aku ingat nak tumpang Innova..kereta aku ada masalah sikit..takut tak siap sebelum tarikh tersebut..Sham, ajeeb, syed dan lain-lain pun boleh tumpang and tontong tol and minyak...satu lagi kita kena banyak tukar driver untuk sampai ke Taiping/Lenggong tu (Bole jadi 4 kali tukar).maklum le dah tua.

Chairman..nak beli hadiah apa aaa..Shamdol kata dia ada barang baik dia beli dulu kat UK. (Seludup punya).

Mr Chairman said...

Kalo Shamdol dah beli barang baik punya...kinta tontong air liur je le kat dia!!!!!!!!!!!

X-7 said...

Aku ada p rmh baru Zai di Klebang Restu, Ipoh. Kebetulan satu taman. Aku tgk dlm rmh dia ada sofar, katil, tv, peti ais dan meja makan. Peralatan dapur ie. dapur gas, rice cooker, eletrik water thermos, blender, pinggan cawan periuk dsbnya xde lagi. Washing machine pun xde.

Ayah Chor said...

Bagus to X7, maklumat dalaman yang penting.

Water heater tak de lagi tu. nak mandi air panas untuk mengembalikan tenaga camno?

DaMA said...

Assalamu'alaikum warahmatulLah

Oleh sebab aku akan mai dr kaw terujung di utara, maka aku nak ajak kwn-kwn yg dok di belah sini pi dgn aku, atau aku pi dgn depa. (Tapi kalau buah hati aku setuju nak pi, maka aku akan pi soranglah dari sini..he...he..)

Aku dengaq geng pompuan ada yg nak pi tengok Zai kawin/sanding?? Depa tak contact Uncle Rais ka? Atau Rais sahaja senyap kerana Allah Ta'ala sebab geng pompuan dah berpakat pi dengan dia? Uncle Rais, your comment?

Pasal barang yg Shamdol bawa balik dr UK tu sebenaqnya lintah gunung. Dia 'terbeli' sebab depa bubuh nama saintifik kat kotak dia...(he's not aware masa tu... Dia beli sebab iklan tu bubuh bnyk sangat testimonial positif... Yan, bini dia tak tau pun...).

Yg pasal hadiah utk Zai tu, aku ada satu cadangan yg lain dari yg lain... Apa kata kita pakat 'tontong' duit, serah kat Bond (kalau tak cukup Kak Bond akan tambah...dia stuju dah, tak caya tanya dia...) supaya hadiah dr kita tu adalah Penginapan Malam Syahdu buat Zai dan pasangannya. (Pehhhh... nama tu sedap tu...) Mesti hadiah dr kita tu merupakan kenangan yg senang diingati oleh Zai. Aku dan buah hati aku akan sponsor urut tradisional untuk depa berdua... Amacam... ok dak?

Adapun cadangan itu hanyalah sekadar cadangan dari seorang insan seni. Kalau tak boleh diterima dek akal...ampunkanlah aku...

DaMA said...

Setelah lama aku tak menjengok blog ni, dah ada rakan baru pulak dah...

Abg Jazz..pa kabor kamu? Kenei ker kamu dgn aku lagi?

Meor Yg Lagi Satu tu pun dah mula contribute dah.... Syabas ya akhi...

Tapi bila dah sebut Meor Yg Lagi Satu, Meor yg nombor 3 mana pegi?

deematalim 0135000051 said...

Lupa pulak nak ucap Syabas kat Bro Om.... Congratulation to you, Om! Kapan mau ketemu lagi ya, Om? Rindu sekali aku sama kamu..

Semoga jodoh kamu berpanjangan melebihi panjangnya jangka waktu Zai membujang. Itu kira akhir hayat tu, Om! Umur kita sekarang sudah ampat pulohan... Dicampur dgn umur Zai sekarang... sudah bonus, Om!

Ini bukan gurauwan... ini satu kenyataan!! Kalau tersentuh jangan disimpan di hati ya? Telepon aku.... kutuk aku balik.

Gurau, gurau jugak... I deeply & sincerely wish that both our frens will live happily the entire lives. All the best, mates.

amir said...

Assalamualaikum,

X7, Hang buat apa pi tengok rumah baru Zai tu? Kalu nak menumpang masa gaduh ngan bini2 hang, mintak maaf......
Washing machine aku confirm Zai ada, sebab aku dok bujang ngan dia basuh baju pakai washing machine dia..Machine tu (bukan slot machine ek..) ada lagi kat Rapat Setia Baru...
Ye tak ye lak, Jazz baru muncul dalam blog ni..(Jazz kawan kamceng aku kat Tk Intan)Tapi Jazz MUSTI datang, sebab:- 1. Dia dah selalu sangat absent gathering kita.. 2. Bini dia orang Taiping..

Mr Chairman said...

Banyak kita pet! pot! pet! pot!..tapi apa hadiah nak dikongsi dan nilai kongsian setiap orang masih belum di bicarakan...????

Aku boleh bet Jazz mesti x datang sebab ada ada hal lain !!!

jazz said...

Sallam semua,

Sebelum ni aku dok perati dari jauh je, tapi bila masuk topik Zai ni tersampai seru nak join pulak.
Adik DAMA tu aku kenei sangat, kabor baik
Amir , I'm fine, lama tak ngopi dengan kau tapi member mayfin kau masih kamcing ngan aku
Mr Chairman , kalau aku datang nanti kau belanja aku tak pun part tontong kau cover aku punya amacam.

Mr Chairman said...

Salam Jazz..

Part belanja kawan kawan ni aku tak le pernah hampakan...tapi kalo hadiah pun aku kena bayokan itu sudah lebih le kot!!!

Hari ini pun aku, Sham Nana, jay, X7 dan bakal 'Pengantin Baru' baru je lepas pekena kat Kopitiam di Ipoh...ceria je 'Pengantin' kita tu

Zai said...

Aku wakilkan tlg ajak kawan2 kita yg aku takut terlepas.Nanti kecik pulak hati kawan.Pasai banyak member yang tak masuk Blog.

T.Kasih

Anonymous said...

Pelan Ke Dewan tu tak ada ka? Aku tak tak tau macam mana nak pi.

RAMLAN said...

Congratulations,tapi tak mau sanding plak,bleh pa,tutup aurat spt biasa,nak tunjuk kat masyarakat org ni dah kahwin.Tapi tak dpt nak lepak rumah bujang dah. Tak bleh kluaq mlm dah,geng Ipoh tk bleh guna rumah utk projek C.Sayang,arwah makcik sebelah & mak Amir dah takda,pernah tanya aku pasal Zai,kami dulu jiran kesayangan.Brother dpn rumah mesti suka,lepah ni takda banyak kereta parking dpn rmh dia...

amir said...

Assalamualaikum,
Zai, Betul cakap En Ramlan kita tu..apa salahnya bersanding? Yang bestnya lagi kalu keta pengantin tu dihiaskan elok2..(macam pengantin cina..) kalu tak tau macamana nak nuat, Encik Ramlan boleh tolong buatkan, sebab dia ada pengalaman...

DaMA said...

Wa'alaikumussalam warahmatulLah

Aku setuju sangat dengan En Amir and Inche' Ramlan. Apa kata kita pakat tolong buat keta pengantin tu mcm keta berhias... Ada pokok-pokok...Ada buaian.... Sambil-sambil tu kita kipaskan kedua pengantin dengan daun pisang... Apa kata kalian?

CresceNet said...

Gostei muito desse post e seu blog é muito interessante, vou passar por aqui sempre =) Depois dá uma passada lá no meu site, que é sobre o CresceNet, espero que goste. O endereço dele é http://www.provedorcrescenet.com . Um abraço.

85617883 (are lee) said...

Assalamualaikum semua. Selamat Tahun Baru 2008.
Bab zai sanding dan keta berhias tu aku no komen. Suka ati dia la. Yg penting 2008 zai kawin. Pasni digi ngan maxis untung kurang la sikit sbb zai dah takyah byk sms lagi. Kalau tidak.......
X7 ari tu bleh menang pun pasal zai x concentrate games. Bz ngan sms.
Dama... kamu kalau pasei bab pokok-pokok ni ajenye gemor. Tambah lagi pokok pisang...
(sila rujuk chat dari dama)
Soalan kuiz untuk semua :-
Daun pisang akan digunakan untuk mengipas pengantin. Soalannya.... Dimanakah bahagian2 pokok pisang yg lain spt batang, pelepah dll?

Anonymous said...

mana gambo zai kawin, nak juge nengok, maklum tak dapat pegi ari tu, banyak keuzurannya

Zai said...

Assalamualaikum,

Terima kasih kepada semua yang sudi datang,next target zuriat.

Terima kasih

DaMA said...

Zai, mahai dak sewa internet line kat dlm bilik hotel?

Terima kasih sebab sempat tinggalkan 13 perkataan untuk kami. Kami paham hang seboq....

Ayah Chor said...

Salaam,

Kepada semua yang ambik gambar tolong emailkan kepada maam1967@@@yahoo.com

Gambar yang aku ambik kat Lenggong terpadam. Anak aku main kamera dalam kereta.

Sorry ye. Tindakan pantas anda semua dihargai.

p/s: Amir, kalu hang boleh publish sendiri pun ok. Kalu tak email jer.