Tuesday, March 3, 2009

CHAIRMAN - HOUSE WARMING

Kepada semua Xmanjungers, anda di jemput majlis kesyukuran masuk banglo baru anjuran Chairman kita seperti kad jemputan dibawah (klik gambar untuk membesarkan kad jemputan dan peta lokasi)


p/s: sorry bro...baru dapat cek email...cheers.

32 comments:

Anonymous said...

Insya'Allah, wa akan dtg bro...kebetulan wa mmg nak balik Ipoh.... Pada member2 Ipoh, rasa2nya leh le kita berkumpul kat rumah Mr Chairman...dah lama tak jumpa lu org semua!!!

Anonymous said...

Tuan Chairman and all collegues,
Gua mohon jutaan ampun dan maaf mungkin i cannot make it on the Day ,
I have make an appointment to take my family for a holiday at Pangkor Island from Saturday - Monday.
However i'll try to pay u a visit on Monday..

Anonymous said...

Dear All

Thank you for those coming (Chu & Family, Mat Ganja, Syed Amir & Kids, Razif & Wife, Saiful & Family, Mior Saifuddin & Family)..those did not make it, thank you also bcoz saving some food for unexpected large group that came...Salam

Anonymous said...

Assalamualaikum dama

Happy belated birthday utk hang, 15hb aritu.

Seronok kenangan naik moto dgn hang pi Telok Batik. Dah lama tak jumpa, semoga bisnes hang berjaya

DaMA said...

Wa'alaikomusssalam warahmatulLah

Isshh...anak sapa laa pulak ni. Susah sgt ker nak tulih nama, yob? Atau dikau sengaja m'buatkan daku tertanya-tanya?

Sapa pun... call laa aku weh. No aku kat blog ni si Ashraf tak ubah lagi. La ni, no aku 013-50000 51.

Aku dah tak main dah teka-teka silangkata ni...otak dah slow.

Anyway, thx for d birthday wish, m'buatkan aku tertnya2 sapa laa yg purposely ingat harijadi aku ni?

Thx to Abg Ajeeb juga sebab bagitau aku ttg msg kat blog kita yg dah sejuk bedi ni.

Apa kata kita hangatkan balik dgn crita-crita lama?

Anonymous said...

Hari Jumaat,sabtu & ahad lepas aku berada di Sungai Petani... Terjumpalah dengan junior batch 86..si Rosli Mahmud & Radzi..Malangnya mereka tidak sedar dengan keujudan Blog kita ini....

Anonymous said...

Salam...
Hr ni 25hb Mac.., tentunya Hari Jadi Polis!!! Sebnarnya dh 202 tahun polis wujud d negara yg bertuah ini. Spnjg hayat perkhdmtan pasukan polis itu jg, ramai yg trkorban samada semasa memerangi anasir komunis atau semasa menjalankan tugas menjga keamanan negara. Dlm pada itu jg, terdpt pelbagai persepsi drpd masyarakat trhdp pasukan polis ekoran drpd beberapa insiden yg berlaku kebelakngan ini. Sbnarnya aku bkn la nk menyokong beberapa perlakuan oleh pegawai atau anggota polis secara somborono ttpi biarlah kta mengambilkira secara keseluruhan prestasi pasukan polis. Bg aku mdah je, yg benar ttp benar n yg slh ttp slh. Yg slh akan dihukum sewjarnya. Kdg2kta lpa d mn trlalu byk publisiti yg diberikan apabila trdpt slh laku polis trhdp suspek/pnjenayah, ttpi adkah kta perihatin berapa ramai anggota polis yg trkorban semasa brhadapan dgn pnjenayah2 ini???...
Negara kta msh slmat secara keseluruhannya d mn kta msh bebas utk mencari rzki n mnjlnkan aktiviti2 seharian. Bg pegawai n anggota polis yg mnjlnkan tugas dgn penuh dedikasi n penuh integriti, sekalung thniah prlu diucapkan.
Smpena Hari Polis ke 202 hr ini, marilah kta sama2 mengubh persepsi kta trhdp pasukan polis. Mereka adlah manusia biasa n sbg manusia slh n slap adlah biasa. Justeru, teguran / hukuman harus d lakukan swajarnya dgn ikhls. Bg pihak polis, motto baru yg diperknalkan, mstilah dihayati n diamalkan sepenuhnya demi memberikan prkhdmtan yg memuaskan kpd masyarakat.
"TEGAS, ADIL & BERHEMAH"
Salam...

Anonymous said...

SYABAS!!!! kepada semua anggota polis...

Anonymous said...

Syabas Mat Ros,semoga usaha anda sekelian diberkati!!!
Wa pun sebenarnya mempunyai seorang abang ipar dan adik ipar yg berkhidmat dgn pasukan polis ni... dan yg paling wa tak leh lupakan ialah semasa wa terlibat ngan Brass Band sekolah dulu, 2 minggu wa berlatih di Kor Pancaragam Polis Kedah/Perlis...lagu wajib yg mesti dimainkan hari2 adalah lagu berikut...

SEDIA BERKHIDMAT

Polis sedia berkhidmat
Kepada negeri dan rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis sedia berkhidmat (ulang rangkap 1)
Tanda lekat di lengan
Polis dengan periman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan (ulang rangkap 1)
Polis sedia berkhidmat
Kepada negeri dan rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis Sedia berkhidmat

Anonymous said...

SAAT-SAAT AJAL MENYAPA………
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya c uma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak. berpesan2lah sesama kita.....

Anonymous said...

Doa dan Adab Tatkala Mengalami Kesedihan yang Mendalam

Kesedihan biasanya timbul karena beberapa faktor :
1. Kurangnya iman dan tawakkal kepada Allah
2. Usaha yang tidak atau belum berhasil
3. Kehilangan sesuatu yang amat dicintainya
4. Cita-cita yang tidak kesampaian
5. Banyaknya hutang yang sulit dibayar
6. Banyaknya tanggungan keluarga yang amat membebani dirinya
7. Terbelenggu orang lain
8. Ketinggalan dalam beramal saleh
9. Kesempatan yang telah disia-siakan
10. Merasa jauh dari Allah, dll.

Bagi orang beriman yang tawakkal, kesedihan tidak boleh berkelanjutan. Karena orang beriman yakin bahwa segala apa yang dimiliki manusia pada hakekatnya hanya titipan sementara dari Allah, yang suatu saat pasti akan dicabut kembali.
Ketika kita mengalami kesedihan yang mendalam dan berkepanjangan, Nabi SAW menganjurkan untuk membaca doa-doa di bawah ini :

Jika kita merasa susah dan sedih, Nabi menganjurkan membaca doa:

Laa ilaha ilallaahul ’azhiimul haliimu laa ilaaha ilallahu rabuul ’arsyil ’azhiim, laa ilaaha ilallaahu rabbussamaa waati wa rabbul ardhi wa rabbal arsyil kariim

“Tiada tuhan melinkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur ‘Arsy Besar. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur langit, Pengatur bumi dan Pengatur ‘Arasy mulia.” (H.R. Bukhari-Muslim)

"UNTUK RENUNGAN BERSAMA"

Anonymous said...

10 tabiat rosakkan otak
1. Tidak mengambil sarapan pagi

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi,
paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan
mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan
menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan
mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas
atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit
'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu
penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu,
ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan
manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan
bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa
tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak
kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak
menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding
oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam
keadaan kurang sihat

- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan
keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada
sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak
kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap
kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang
aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh
menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Mr Chairman said...

Dear All..

Pada 15hb May 2009..Seorang lagi sahabat kita ITM manjung 85/86 menyambut seruan Ilahi..Alfatihah kepada Allahyarham Husnizaim Alias yang telah pergi terlebih dahulu dari kita...

Sahabat kita En. Amir Hamzah Jauhari di beritakan di masuk ke Wad untuk menjalani pembedahan hempedu..sama-sama lah kita mendoakan keselamatan dan semuga lekas sembuh

Mr Chairman said...

For quiet sometime..hari ini terjumpa jugak dengan si zamri bakar..we had teh tarik at mamak stall together with X7 & Norlis...Zamri left his handphone no 0125267844...those wish to talk to our "drummer" boleh le contact dia...kalo dia nak angkat le!!!

DaMA said...

Ramadhan mubarak, Ramadhan kareem.

Assalamu'alaikom warahmatulLah sahabat handai, rakan taulan...adik-kakak, abang-abang...forever buahati dan ex-cinggei....

Dengan datangnya Ramadhan 1430 Hijriah, bertambahlah umur kita di dunia yg fana ni, setahun selepas Ramadhan yang lalu.

Syukur alkhamdulilLah kita panjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana masih memberi kehidupan kepada kita yang masih bernafas di dunia milikNya. Hatta kehidupan kita yang telah lalu dan yang akan datang, adalah tertakluk jua kepada perencanaan Allah AzZa-wa-jal. Entah bila kita akan mengadapNya, wallahu'alam. Walau bagaimana pun, sebagai hambaNya, kita berharap apabila tiba masa untuk kita kembali kepadaNya, tiada hutang yang kita bawa, tiada dosa yang kita tanggung dan tiada salah yang belum dimaafkan.

Oleh yang demikian, dengan ketibaan Ramadhan kali ini, aku sebagai manusia yang banyak berkata-kata, banyak bergurau-senda dan berjenaka, memohon setiap manusia yang masuk dalam kategori di atas tadi tu, ribuan ampun dan maaf di atas segala salah dan khilaf aku selama aku mengenali kalian. Ampunkan aku dan maafkanlah aku supaya taubat aku dan keampunan yang aku harapkan dari Allah SWT di bulan Ramandhan ini diterima dan dikurniakan.

Blog kita semakin sejuk..., dingin, sedingin salju. Sesekali, terasa rindu juga kepada riuh rendah kita dulu yang macam layang-layang laut di banglo batu, yang tiada tingkap, hanya ada lubang-lubang batu dan satu pintu.

Masa telah berubah, masa telah berlalu... Keakraban kita dulu hanya satu lingkaran sejarah... Tidak ada kesinambungan, tidak ada kenangan. Sayangnya, sejarah kita tidak tertulis dibuku, tidak digubah menjadi lagu.

hehehe...maafkan aku..

Anonymous said...

Memang betul tu Dama, blog ni bukan saja dingin tapi telah mula membeku.

Kemanakah rakan2 dan sahabat yg lain, tak sudikah lagi berkongsi nostalgia.

Sempena dibulan yg mulia ini, saya juga ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua kenkawan, mana yang terguris.. terluka dan terkecewa dengan saya. Sudah lama saya menjadi pembaca setia blog ni, harap2 kembali ceria seperti dulu...

Mr Chairman said...

Sebelum Ramadhan hari tu sempat jugak aku buat Reunion dengan kawan-kawan sekolah aku (ACS Ipoh).seperti biasalah janji yang nak datang lebih 20 orang...punya le tempah steamboat untuk 20 orang..last last yang datang 9 orang je...jenuh le nak pulun bagi habis.share cost mula mula RM20, dah jadi RM50 seorang..seperti biasalah bila time nak buat reunion semua setuju...sampai harinya..Punggah!!!

Time bulan puasa ni sempat le jugak terserempak ngan X7 kt kedai mamak lepas terawikh..dan juga terjumpa Azizi dan Ansari (DBS)kat pasar pagi (Memori Lane...

Kepada kawan yang baca blog ni..aku ucapkan selamat pose...

Dalam hidup ini, ada benda yang sedap dan ada yang tak sedap bila sejuk..

Jadi..apabila sesiapa yang menjenguk kat blog kita ni..tulis tulis le sikit untuk share dgn kawan-kawan tentang apa apa saje..walahualam!!!

DaMA said...

Betoi kata Mr Chairman.

Ashraf, aper kater kalau mike bukak satu cluster baru utk sembang-menyembang? Boh jer aper topik pon.... "Sembang-nyembang" pun ok... "Berita terbaru" pun ok...Asalkan lain dr "Chairman House Warming". Baru ler bila ader org jengok blog kite ni, ada nampak perubahan topik...

Niii...cadangan jer Yop

Mr Chairman said...

To all old friend...

SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

Mat Ros said...

Salam semua...
Selamat berpuasa & Selamat menyambut hari raya 'Aidil Fitri.
Salah & silap, terkasar bahasa mohon dimaafkan.

DaMA said...

Aku mohon maaf kepada kalian semua atas segala salah dan silap yang aku telah lakukan samada secara sedar atau tanpa sedar, sepanjang perkenalan kita.
Semoga dengan kemaafan kalian, aku diampunkan Allah Ta'ala.

TaqabbalLah minna wa minkom

Mr Chairman said...

Hari ni dah 4 hari Syawal berlalu..sempat beraya dengan amir & ali je hari raya ke 2 ari tu...juga terima kasih kepada yang menghantar SMS ucapan Hari Raya...

Ajeeb said...

Alhamdulillah...nasib baik, arini wa boleh access masuk blog ni... selalunya dah kena blocked. So, rasanya masih tak terlewat utk wa mengambil kesempatan ini mengucapkan "Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin" buat kengkawan semua...semoga kedatangan Syawal ini akan mengeratkan lagi tali silaturahim sesama kita, insya'Allah!!!

DaMA said...

Assalamu'alaikom warahmatulLah

Sajer jer singgah kat blog ni... Bior kurang sikit sejuknya.

Dah 11 hari Raya tahun ni, aku tak habih posa 'nam lagi. Ingat nak turun Ipoh, tapi tak berapa seronok lagi nih...bior ler abih pose dulu.

Kalau Khairul Aizuddin ader kat Telok Anson, mau jugak aku langsung ke sana.

chik said...

salam semua,
selamat hari raya aidil fitri diucapkan kat semua kawan2, ampun & maaf sekiranya ada terkasar tulis di dalam blog ni. Ingatkan blog ni dah tak de sape yg jenguk sbb bila masuk asyik2 tengok house warming kat rumah chairman, jadi tak de le nak browse sampe ke bawah. Ropa nye, ade hits baru utk raya dan puasa. Chairman jgn marah bukan nak menghilangkan cluster housewarwing tu, tp pembaharuan perlu sentiasa ada supya kehangatannya tetap terasa. Tak le sejuk macam ais ketul. Betul Dee?

Suhaimi MI said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk semua....

Mr Chairman said...

Chik & the rest....

I have no control on this blog..Me very much happy if tuan Ashraf can do/post new cluster as mentioned...Ashraf!! will you???

Mat Ros said...

Salam...

1st of all, Slmt Hr Rya Idul Ftri, maaf zahir & batin. Sory, rsnya xdan nak wt open house thn ni coz my daughter going to seat her PMR this coming week. So, agk cbuk nk bg motivasi kt dia.

2ndly, for exmanjungers info, baru2ni anak Mejar Azizul passed away (if im not mistaken, yg paling kecil kot!). Takziah kpd our friend, moga tabah n sabar dgn dugaan Allah swt.

Last but not least, I hve jst graduated for my 2nd degree. (Yesterdy amik scroll kat UUM - konvokesyen). Kalu ada rezki n masa mengizinkan, maybe I'll further my studies. Kta xde kabel yg besar2, so guna modal yg ni jer la utk kepntngan kerjya...

Wassalam....

Mr Chairman said...

Salam..

Takziah buat saudara Mejar Azizul
Tahniah buat saudara Tuan Mat Ros

Mr Chairman said...

Salam semua..malam tadi sempena cuti Deepavali berlakulah perjumpaan kecil dengan geng geng lama di MBI Terrace Ipoh selepas aktiviti "tick'..samasa kena 'char kue theoew'timbul pulak idea dari saudara Ali, X7 & Norlis untuk plan reunion pada 2010...Mungkin yang lain lain boleh memberi pendapat tentang Idea tersebut yang antara lain mencadangkan reunion tersebut berlaku di KL dan di uruskan oleh group KL...Amacam?

Anonymous said...

cantek le tu... reunion 2010.. kat KL...

Mr Chairman said...

Dear All..today i received phone call from our old friend..Mustapa (Tapa Kati KK..DBS). He very much please if anybody could spare time to inform him on any opportunity to earn some extra income either full or part time...His Hp 012-3686255...contact la dia kalau ad sesiapa yang boleh membantu..TQ