"DNA Cina yang mengalir dalam diri teman pula terlalu menonjol sehingga teman kerapkali disapa oleh Orang Cina lain dengan bahasa Mandarin atau Kantonis. Adik teman pula disangka sebagai orang Arab. Salah seorang lagi adik dianggap sebagai Fillipino. Kita orang adik beradik memiliki kepelbagaian wajah akibat dari koktel DNA yang bertaraf antarabangsa. Sebagai bekas graduan ITM bumiputera yang berdarah campuran Cina, Arab dan Indonesia, isu perkauman dinegara ini tidak perlu dimainkan secara melampau oleh pengganas politik."
Mohamed Ashraf Abdul Munim
7 September 2008
--------------------------------
Antara yang hangat di perkatakan media ialah kenyataan Dato' Ahmad Ismail, Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera mengenai status Orang Cina sebagai pendatang (squatters). Beliau menegaskan bahawa kenyataan beliau telah dipetik luar konteks ucapan beliau yang asal oleh wartawan akhbar berbahasa Cina dan beliau tidak bermaksud "racist"..
UiTM juga baru-baru ini digemparkan dengan isu perkauman dengan cadangan MB Selangor agar UiTM membuka 10% penyertaan kepada kaum lain untuk kursus-kursus peringkat post graduate bagi menggalakkan dan meningkatkan kredibiliti UiTM untuk terus bersaing sebagai sebuah universiti yang akan melangkah ke abad baru.
Cadangan tersebut disanggah pantas oleh kebanyakan orang Melayu. UiTM menurut VC Prof Ibrahim Abu Shah, sebagai "last bastion for the Malays" (kubu terakhir orang Melayu) di Malaysia. Ribuan pelajar menunjuk perasaan sebagai tanda protes kepada cadangan MB Selangor.
Sebagai alumni ITM (UiTM) dan Xmanjung sebagai salah satu platform diskusi maya, rasanya adalah wajar kita berbincang mengenai isu-isu seperti ini supaya kita mempunyai sikap yang yang lebih tepat dan bijaksana. Ini penting supaya pendirian-pendirian kita mempunyai asas dan tidak sekadar terikut-ikut dengan sentimen politik tidak kira kerajaan maupun pembangkang yang mempunyai kepentingan politik masing-masing.
Peristiwa berdarah 13 Mei pasti akan berulang sekiranya kita tidak memainkan peranan sebagai pendamai (peacemaker). Biarlah ahli-ahli Xmanjung mempunyai tahap kematangan yang tinggi dalam isu ini supaya kita boleh menjadi agen pendamai dan bukannya menjadi "batu api" secara tidak disedari.
Ini selaras dengan pengertian Islam yang membawa maksud "Keamanan" (Peace), Sejahtera, Penyerahan. Assalamualaikum bermaksud "Peace be Upon You". Muslim pula membawa konotasi "Peacemaker" atau pendamai. Peranan sebagai Peacemaker ini sewajarnya dikembangkan oleh alumni ITM kerana sememangnya kita adalah Muslim (Peacemaker).
Bersambung....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
40 comments:
Gerakan P Pinang putus hubungan dengan Umno negeri, Sep 9, 08 12:33am
Gerakan Pulau Pinang mengadakan mesyuarat tergempar semalam ekoran sidang akhbar yang diadakan oleh ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail di mana seorang pemimpin Umno bertindak mengoyak gambar bekas ketua menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Dalam mesyuarat tergempar itu, kata Dr Koh, Gerakan Pulau Pinang mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Umno negeri tersebut.
Beliau turut membidas Ahmad yang didakwa membuat kenyataan yang menyinggung orang Cina kerana "telah menukar kesilapan peribadinya kepada konflik dan krisis antara parti-parti komponen BN dan yang paling teruk lagi, antara masyarakat".
Menurut Dr Koh lagi, tindakan penyokong Ahmad menurun, mengoyak dan memijak gambarnya, bukan sahaja dilihat sebagai tindakan yang tidak menghormati dan menghina beliau, tetapi juga keseluruhan parti dan BN.
Dalam sidang akhbar pada jam 10.30 malam tadi, Dr Koh berkata, pemimpin dan ahli Gerakan amat terperanjat dan marah dengan perbuatan tersebut,
Menurutnya, mereka kecewa dan sedih kerana ramai pemimpin badan perhubungan Umno negeri yang hadir di situ, telah membiarkan kenyataan dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seumpama itu.
Dr Koh juga berkata, amaran Ahmad supaya masyarakat Cina tidak bersikap seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan politik, sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak harus dibangkitkan sama sekali.
Malaysiakini
Shamnana, sheikh Nasir and salamah jannn ada made in india genetics. The new breed have been reinvented into a graceful, handsome and beauty specie than the original. That is the beauty of inter racial marriages outcomes. The facts is Anak adam is killing each other after the hatred sowed by their single enemy - Iblis laknatullah.
The facts is Anak adam is killing each other after the hatred sowed by their single enemy - Iblis laknatullah and Iblis do have followers and supporters among the men themselves.
Baru habis tengok TV3. Dato' Ahmad Ismail dah jadi glamour dengan kes penyokongnya koyak poster Koh Tsu Koon.
Kejap tadi Panglima angkatan tentera pun bagi komen supaya kerajaan ambil tindakan kepada sesiapa yang mencetuskan isu perkauman.
Besok UMNO bermesyuarat dan tengok apa keputusannya. Kemungkinan yang kena tangkap adalah pemberita akhbar Cina yang tersalah petik kenyataan Ahmad Ismail kut.
Tapi teman rasa kes ni macam sandiwara je. Dalam percaturan politik, apa yang kita lihat sebagai hitam selalunya putih atau kelabu asap.
Koh Tsu Koon buat-buat terkejut apabila gambar dia kena koyak..tapi sebenarnya dia orang dah pakat kut..hmm entahle weh.
Saksikan episod seterusnya...
Pesanan Allah:
Dan katakanlah kepada hamba-hambaku "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia"
Al-Quran 17:53
In order to resolve racial conflict today, we must understand when, why, and where the idea of race came from.
The concept of race in today’s society is loaded with assumptions, political agendas, and unspoken emotional associations.
But why was ‘race’ an issue at this time? ‘race’ had evolved from a complex interaction of philosophical, scientific, religious and political frameworks.
Anda boleh mengkayakan minda anda dengan pembacaan. Sila ke http://racism.suite101.com/ untuk memahami isu perkauman secara lebih mendalam.
Kita akan selamat sekiranya kita menggunakan otak dan bukannya perasaan. Oleh itu didiklah minda dengan ilmu yang dapat membantu kita menyuluh jalan kehidupan yang berliku...
Ashraf,
Mike demam ke???
Ashraf mungkin cuba menghangatkan blog kita ni weh seperti "yang merindu kengkawan" sarankan....Hakikatnya..Ibu ayam tak akan membenarkan anak-anak itik berkongsi memerap dibawah ketiaknya bersama-sama anak-anaknya untuk dilindungi walaupun ayam, itik, kambing,lembu, babi dll hidup bersama-sama disatu ladang yang sama dan dipelihara dan diberi makan oleh tuan yang sama....fikir fikir kan lah...
Takkan nak tunggu X7 kahwin 4 jer baru blog ni hangat balik. fikir-fikir kan lah...:-)
Yg Merindu,
Teman tak demam weh :-). Sekadar mau bertukar-tukar fikiran.
Patut la aku tersedak2 rupanya kome sebut nama aku. Jgn la mention aku kahwin lagi, aku dah satisfied dgn yg ada ni. Bior ler kwn2 lain yang kahwin..
X 7, hang bulan posa ni apa macam ? Pasai mood pengantin baru tu masih ada lagi.kami ni dah lama jadik pengantin lama...ha......ha....
X7, kami ucapkan selamat berbahagia. Kawan-kawan semua berhati-hati, ada orang yang mahu mewujudkan peristiwa 13 May Ke-II. Jangan terperangkap dalam permainan kotor. Guna akai lebih sikit. Umno takut MP Cina belah keluar dari BN dan masuk PKR. Desperado la tu. Jadi bawak bertenang semua..Kita ada angkatan tentera sebagai benteng pertahan Melayu. Kita ada Raja-raja Melayu. Tengok macamana DYMM Raja Nazrin handle politik Perak...MB tetap Melayu. Mad Mail Bukit Bendera ni naik hangin sebab habih dah projek dia kat Penang. Pake S320 bukan senang nak maintain. Itu yang dia marah sangat kat Tsu Koon tuh. Kata dia Umno hilang kuasa di Pulau Pinang pase Cina tak sokong Gerakan...dak aih..Melayu penang yang tak undi umno sebenaknya. Tanya shamnana kalu tak caya.
Awat hampa sume buh nama anonymous. Buh la nama betul at least aku tau la sape yg ckp. Aku bab politik ni pening kalu nak ikut perkembangan. Kdg2 rasa BN betul kdg2 mcm BA betul. Kdg2 rasa nape tak cuba bagi je Anwar jadi PM. Mungkin ada pembaharuan yang baik utk negara. Apa pun aku kena jaga politik dgn bini2 aku dulu..
Nak cerita pasal politik negara rasanya tak pandai...tapi rasanya kalau di aplikasikan kedalam sistem keluarga tu senang sikit nak di uraikan...
contohnya Bapa tu macam PM le..ada ramai anak-anak yang bermacam macam kerenah dan macam macam kehendak...yang tua pastinya lebih meminta peruntukan kewangan dan yg bongsu lebih meminta masa/perhatian..dan dalam masa yg sama bapa ada komitmen dgn emak dan ada komitmen dengan kawan-kawan....
Yang pasti anak-anak tak boleh memberontak untuk menukarkan bapa jika tak dapat apa yang diminta daripada bapa, tetapi isteri boleh minta perpisahan jika tidak sehaluan dan juga bapa boleh menambah isteri jika yang sediaada tidak dapat memenuhi kehendaknya. Manakala kawan-kawan boleh dipilih-pilih mengikut budi bicara masing masing...
Cuba fikir-fikirkan dalam konteks politik malaysia masa kini..walahualam..
Hari ini adalah Black Day bagi US. bGN TWIN TOWER KENA ATTACK kay tterrorist punya keja..ini Yahudi lah punya kerja yg sebenarnya..so kwn 2 aku berdoa dan berharap jgnlah NEGARA dan tanahair kita, bangsa kita .agama kita juga dikotak katikkan oleh agen 2 yahudi yang sememangnya tak mahu tgk kita ORANG2 MELAYU kuat.
apabila politik lita lemah maka lemahlah segala 2 nya. (Tapi kawan kita yg sorang tu aku agak handei dia tu..kalu tak mana bole triple barrel..)
So sama2 kita berdoa moga Black Day on Sept 16 tak akan menjadi..HIDUP ISLAM DAN KEPENTINGAN MELAYU.
Ingatlah sikit apabila kuasa Poloitik kita lemah maka kita kan diperkotak katikkan oleh mereka2 yang kononnya memperjuangkan atas nama KEADILAN DAN REFORMASI.
Apakah selama ini kita tidak tidak mendapat keadilan dan dipinggirkan dari mendapat Pendidikan dan Kemudahan Asas? Apakah kita mahu menerima TPM dari pelbagai Bangsa spt Kit Siang, Karpal Singh dll yg sememangnya anti Islan dan anti Melayu ..
So..lu pikir2 lah sendiri..
Halo. kwn 2 lain ..hagpa pi mana semua..sengap saje ..awat ade yg kena kidnap dek lanun KAT TELUK EDEN Ke....???? lanun tu aku dengaq dATO nAJEEB Kata pakai kapai KOD 000XXX777...ha.....ha....
Anak Jati Penang,
Apa habaq. Suara hang macam Penakan. Betoi ka...he.he. Boh jangan tak boh.
X7,
Depa kata kat hang bulan-bulan posa nih. Kesian kat hang.
Samdol,
Sibok kita punya VP Finance nih..bila nak berlaga.
Semalam pergi Tesco, sambil tunggu orang rumah shopping, pi sat kedai buku popular.
Jadi teman terjumpa la satu buku bertajuk "Story of Malaysia". Nak dengar tak?
Penulis buku ni Mat Salleh nama dia Harry Miller, 1964, terbitan SA Majeed and Co. Reprinted 2007.
Memetik tulisan beliau seperti berikut:
"While their ancestors are believed to have originated from the monggolian race, THE MODERN MALAYS are descendant more of the mixtures with IMMIGRANT (pendatang) from eastern and central Sumatera, Java, Celebes, India, Arabia and some intermarriage with Chinese and Siamese. Attractive and among THE MOST COURTEOUS (paling bersopan santun) in the world, they have a great pride in race"
Roaming the northern jungles of Malaya is Negritos, generally accepted as a descendant of IMMIGRANTS who arrived about 3000BC. Also handsome Temiar tribe (Orang asli kacak) of northern Perak and Kelantan and fairer Semai tribe (Orang Asli berkulit cerah).
Sebahagian perenggan pertama tu tak dapat teman nafikan sebab ada persamaan dengan sejarah keturunan teman. Cuma bab keturunan asal-usul melayu dari Monggolia, yang ni memang 1st time dengar lah..
Kalu ikut cerita beliau, immigrant yang mula-mula ialah Orang Asli Negrito lepas tu barulah orang Melayu Moden.
Jadi kita ni campuran india, cina, arab, jawa, sumatera, siam, mongolia ala ABC la jugak.
Tak kira la asal dari mana ..melayu tulen ke, cina ke, jawa ke, mongolia ke..kan ke kita ni asal dari Adam & Hawa. Kita sama je, darah tetap merah...
Alhamdulillah, memang betul kata yg merindu kengkawan. Kita berkongsi datuk yang satu iaitu Adam dan Hawa. Darah tetap merah walaupun kulit warna lain-lain.
Melayu, Cina, India, benggali pokoknya kita adalah ciptaan Allah.
Ashraf...memangla kita semua ni ciptaan Allah...tapi kalo ibu ayam tak jaga anak ayam..tak kan nak suruh bapa musang bagi perlindungan kot...darah ayam dan darah musang pun sama gak merahnya....patut patut la sikit
Che pet,
Apa la mike ni ckp x pakai akai. Jgn nak samakan manusia dgn binatang. Allah SWT bagi manusia kelebihan iaitu akai. Mana blh musang kahwin dgn ayam. Mana blh musang jaga anak ayam..di'ngap'nya blh la. Tp cina blh kahwin dgn melayu, india blh kahwin dgn org asli dan sebagainya. Isu perkauman, manusia bermusuhan, berperang, bunuh sesama sendiri adalah kerana tangan manusia itu sendiri yg cipta kemusnahan. Ini angkara hasutan syaitan dan ketamakkan manusia itu sendiri. Ini adalah lumrah dunia sbb itu syurga dan neraka dijadikan sebagai balasan. Musang blh bunuh dan ngap anak ayam tu sbb makanan dia. Musang tak le pulak dimasukkan ke neraka. Nak buat perbandingan biarlah berpada. Katalah isteri mike org cina, mertua cina dan anak2 pn dah jadi kacukan melayu cina. Mike suka ke masalah perkauman ni berlarutan dan dibesar2kan. Muga2 kita dpt renungkan bersama..
Apa la lu yang "merindu kawan kawan"..yang emosi sangat kenapa?..pasai guna akai la teman tak nak gunakan bangsa..nanti kata perkauman pulak..kita gunakan lah binatang sebab binatang takkan tuduh kita cuba timbulkan isu perkauman pulak...dan binatang juga adalah ciptaan tuhan dan binatang juga punya darah yang sama merahnya dengan kita..
Yang cuba diperkatakan adalah
1. Kalau kita tak jaga anak-anak bangsa kita sendiri..sapa lagi yang kita nak harapkan..
2. Memang betui la melayu boleh kawin cina atau cina boleh kawin india dan sebagainya..tetapi sebelum itu dilakukan..mesti ada pra syarat- pra syarat yang perlu dipatuhi..tak tau la pulak kalau "yang merindu kawan-kawan" tak kisah anak mike kawin dgn sape sape tanpa perlu patuhi pra-syarat terlebih.
3 Mike pun tau kalau anak ayam bagi kpada bapak musang akan di 'ngap' nyer...sama le keadaan nya juga anak-anak bangsa kita takkan nak dibior kan je tak dijaga oleh kita sendiri...nanti kena "ngap" juge le..
4. Teman tak tau le pulak kalo mike bukan melayu/islam..tapi seandainya teman beristerikan cina..udah pastinya isteri teman tu kena islamkan dulu..anak anak yang lahir akan diberi nama-nama islam..yang pasti silaturrahim dengan mentua tak putus tetapi ada batasannya..takkan le teman pegi rumah mentua apa saja yang dia sajikan teman balun je atau nak masuk rumah dia teman anak beranak kena ambik lidi asap dan cucuk kat depan cermin merah yang dia bubuh kat anjung rumah dia...dah semestinye le idak kan.
5. Teman memang ler menentang isu perkauman ni..Temanpun ada meniaga dengan semua orang/kaum...tapi itu idak le sampai membolehkan.. krete teman krete deme, rumah teman rumah deme atau bini teman bini deme...ape teman punya hak teman le dan hak deme atas deme lerr...
Whatever la yop! He he he..
Yg Merindu,
Moyang sebelah mak teman memang Chinese Convert tak pande cakap melayu. Belah bapak pulak Indon + Arab.
Bapak kepada Mertua(Tok kepada bini teman) pun Chinese Convert. Mata sepet punya geng. Bina teman punya Pak Sedara dan sepupu du pupu ni ramai le lagi Cina2 bila raya ke atau kenduri arwah ke rame le deme ni yang datang .
Pelik le jugak orang nengok sebab deme datang majlis tahlil, bawak beras, gula, susu, tolong ngidang dsb.
Bila ada sedara Cina yang ninggal, pergi le juga kita orang ziarah, pake je le baju hitam apa salahnya. Jubah hitam ada. Cuma idak le teman pegang colok. Nengok je le deme ketok gong sembahyang nyong nyeng idak teman tau bijik buahnye..
Kalu mengkema jadi teman, baru le mengkema tahu pentingnya menjaga perasaan sesama kita yang sama-sama mendatangi tanah "melayu" ini.
Memang le Melayu datang dulu, tapi nak buat macamana Allah dah dorong deme datang ke sini cari rezki. Dari Zaman Melaka lagi deme dah datang. Hang Li Po, Laksamana Cheng Ho semuanya baik-baik belaka.
Bukan apa, teman cuma berpesan-pesan sesama kita, kalu ada le berlaku situasi tegang antara kaum ala 13 May Versi 2, bawak le bertenang dulu...takut Penjahat Melayu bersandiwara dengan Penjahat Cina demi mempertahankan politik perkauman..padahal kita ni semuanya anak adam.
Jadilah kita pendamai atau "fire brigade". Kalu ada orang nyalakan api perkauman, kita padamkan..jgn le pulak tuang petrol.
tapi kalau kita dizalimi oleh orang lain tak kira yang menzalimi kita itu melayu atau Cina, maka kita pertahankanlah diri kita sehingga ketitisan darah yang terakhir.
yang pentingnya jangan jadikan bangsa tu sebagai penentu haq dan batil sesuatu perkara.
Apa merepek punya teman ni...demam kot macam kata Yg merindu.:-)
Teman ada update gambo baru untuk posting nih. Sila lah lawati.
Ashraf,
Teman faham perasaan dan situasi mike. Apa yang mike labun tu bebenor belaka. Kita kena la curah air jgn simbah petrol. Dlm rumahtangga pun gitu, bini bising marah2 kita buat diam tengin je. Penat membebel diam ler deme. Kalu dilawan kan melarat jadinya. Apa pun kita rujuk semula pada ajaran islam. Islam tak suruh kita bermusuh dgn bangsa lain. Tapi kalu deme cari pasal atau nak tindas kita mmg wajar la kita lawan. Tak kira la kalu org melayu sendiri tindas melayu, sure kita lawankan.
Jadi ashraf mike tak merepek, demam pun tak. Cuma mana agaknya Mr. Chairman kita dan kgkwn yg lain..senyap je
Orang yg beriman takkan buat begitu(mat spec yang koyak gambo tu). Dialah penyimbah petrol
Saya rasa dengan tuan ashraf siarkan gambar tersebut mungkin akan ada sesiapa yang terasa blog kita ni macam nak tolong simbah petrol sikit sama kot..Dengan itu saya sarankan tuan ashraf delete le gambar tersebut (Buat simpanan peribadi udah le)...kalau nak dengor nasihat saya le...
Saya setuju dgn saranan mr chairman tu. Delete la gmbr tu. Cukuplah isu ini dibahaskan. Buka topik baru cth Mini Reunion Raya ke. Masukkan gambar lemang, ketupat, pelita, org bersalaman so bagi nampak ceria suasana kita nak raya ni. Sure Amir, Ali, Joy n kawan2 lain akan masuk blog..
Ok cadangan Chairman diterima. Gambar tu mungkin dah jadi "petrol". Untuk memulihara keharmonian kaum dalam blog ini, saya akan delete.
Tukang kecoh Mad Mail dan Ah Koon tak kena ISA. Orang lain pulak yang kena. Apa punya double standard daa..Mad mail setakat dikenakan undang-undang disiplin parti UMNO je. Yang bukan UMNO pulak di kenakan undang-undang lain. Ada 2 set undang-undang untuk 2 jenis golongan. Golongan UMNO dan golongan bukan UMNO. Ini yang di dipanggil amalan kekebalan (imuniti) mengikut puak.
A'kum...
Slmt menunaikan ibadah puasa.
Sekadar utk berkongsi pndngan yg kritis. Dlm M'sia ni ada 4 etnik terbsr, ie Melayu, Cina, India & UMNO. Thts y ada 2 set undang2 yg dilksanakan....
Mr Administrator,
tolong le buka satu lagi page untuk kita orang nak ucap raya.
Post a Comment