Friday, September 19, 2008

Selamat Hari Raya 2008 (Tapi jangan raya sakan!)

Dukacitanya dimaklumkan Hari Raya "Sakan" tak jadi tahun ni sebab keadaan ekonomi yang tidak menentu. Institusi Kewangan yang bankrup seperti Lehman, Meryll dan AIG yang cuba diselamatkan oleh Federal Reserve hanyalah "intro" atau ombak kecil kepada tsunami yang bakal melanda.

Tsunami sebenar akan melanda sedikit masa lagi. Dijangka tidak kurang 10 Trillion dollar US nilai pasaran di Amerika Sharikat akan hangus. Untuk memahami lebih lanjut situasi ekonomi US, sila baca Global Financial Meltdown oleh Michel Chossudovsky, 18 Sept 2008.

Memandangkan Pasaran US adalah pelanggan utama kepada industri eksport Malaysia, kesannya akan dirasai juga apabila banyak firma-firma di US tidak lagi mampu membeli barangan Malaysia.

Walaubagaimanapun jangan bersedih sebab sekarang tengah mode raya. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Download lagu raya

1. Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang
2. Sanisah Huri - AidilFitri
3. Raihan, Rem, Ajai & Now See Heart - Lebaran Ini
4. S Jibeng - Musafir Di Hari Raya

5. Saloma - Aidilfitri Hari Mulia
6. Saloma - Manusia Miskin Kaya
7. Saloma - Selamat Hari Raya

8. Sanisah Huri - Selamat Hari Raya
9. Senario - Behari Raya
10. Sharifah Aini - Suasana Hari Raya
11. Sheila Majid - Hari Mulia
12. Spider - Rindu Raya

13. Spider - Satu Hari Di Hari Raya
14. Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
15. Sudirman - Selamat Hari Raya16
16. Sweet September - Hari Raya Tetap Tiba
17. Syarifah Aini - selamat hari raya

18. Takbir Hari Raya
19. Toy’s - Inilah Harinya
20. Ujang - Syahdu Di Pagi Raya

21. Uji Rashid - Doa Di Hari Mulia
22. Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya

23. Utama - Riang Ria Di Hari Raya
24. Wings - Hari Raya Yang Mulia
25. Wings - Keroncong Hari Raya

26. Zaiton Sameon - Lebaran Yang Mulia
27. Zalifah Ibrahim & M Shariff - Hari Raya

28. Zamani - Takbir Memecah Hening
29. Zamani Slam - Suasana Hari Raya

===UNTUK DOWNLOAD SEMUA LAGU DIATAS===

click http://www.savefile.com/projects/1021949

_____________________________________________________________________________________

Ahmad Jais - Dari Jauh Kupohon Maaf
Ahmad Jais - Satu Syawal
Aishah - pulanglah
Aishah - Setitis Cahaya di Aidilfitri
Ajai - Rindu Di Aidil Fitri
Al Jawaher - Ku Pohon Restu Ayah Dan Bonda
Al Jawaher - Mohon Padanya Sujud Padanya
Al Jawaher - Selamat Hari Raya

Al Mizan - Rahmat Aidilfitri
Al Mizan - Selamat Berhari Raya

Al Mizan - Tanganku Hulur Maaf Kupinta
Aman Shah - Kepulangan Anakmu
Amir - Iktibar Ramadhan
Amy Mastura - Setahun Sekali
Anuar & Ellina - Suasana Hari Raya

Artis Artis - Gembira Di Hari Raya
Artis Campuran - Nikmat Hari Raya
Asha Malik - Pulang Di Hari Raya
Balik Kampung - KerepeK
Awie - Selamat Hari Raya

Black Dog Bone - Cahaya Di Hari Raya
Black Dog Bone - Cahaya Aidilfitri
Cenderawasih - Bersama Di Hari Raya

DJ.Dave - menjelang hari raya
Fazidah Joned - Selamat hari Raya
Firdaus - miskin kaya
Hair amir dan Uji Rasih seloka hari raya

Handy Black - Cahaya Di Aidil Fitri
Hasnol - Lebaran Walfa’izin
Herman Tino & Zaleha Hamid - Joget Hari Raya

Jamal Abdillah - Maafkan Segala Keterlanjuran Dia
Jay Jay - Hari Raya Bahagia
Jeffry Din - Musafir Di Aidil Fitri
Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru
Krisya - Satu Hari Di Hari Raya

Lan Pet Pet, Zakiah Anas - Alahai Lemang Ku
Lefthanded - Keinsafan Di Hari Raya

M.Nasir - satu hari dihari raya
Malek Ridzuan - Ewa Ewa Hari Raya
Man Bai & Raihan - Harapan Ramadhan
Noorkumalasari - Pulang Di Hari Raya

Noorkumalasari - Raya
Nora - Suasana Aidil Fitri
Nurul - Rindu Syahdu Di Hari Raya

P.Ramlee - Dendang Perantau
Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema
Rafeah Buang - Selamat Hari Raya

Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya
Raihan & Now See Heart - Hari Raya Untuk Semua
Raihan & Now See Heart - Satu Pagi Di Hari Raya

===UNTUK DOWNLOAD SEMUA LAGU DIATAS===

CLICK http://www.savefile.com/projects/1017794

*Selamat berhibur dan mendownload lagu raya…

50 comments:

Anonymous said...

To all Manjonger..."SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Anonymous said...

Dikesempatan ini wa ingin mengucapkan "Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin" kpd semua kawan2 XManjung especially DIA85. Wa mohon maaf sekiranya selama perkenalan kita dulu ada yg menyinggung perasaan baik dari segi tingkah laku mahu pun tuturkata....Halalkan yg termakan mau pun yg terminum tanpa izin tu...Insya'Allah moga hubungan kita semakin kukuh dan semuanya diberi keredhaan Allah.

DaMA said...

Assalamu'alaikom warahmatulLah

Kepada semua kawan-kawan yang pernah kenal aku, (samada kalian dah lupa aku ker atau yang masih ingat...), sebagai manusia, aku banyak mengukir dosa samada dari segi tutur kata ataupun tingkah laku, samada secara sedar maupun tanpa sedar, kepada jantina lelaki, ataupun jantina perempuan. Sebagai manusia juga, kita tak dapat menentukan noktah terakhir hidup kita. Mungkin eidul Fitr kali ni merupakan yang terakhir bagi aku, walLahu'alam.

Kerana itu, aku mohon ampun dan maaf di atas segala salah dan khilaf yang aku pernah ada dengan kalian semua. Kosongkanlah persaaan marah atau terkilan kalian semua pada aku. Biarlah dengan selesainya Ramadhan ini, aku mampu berjalan di atas bumi yang aku pijak sebagai seorang hamba yang dimaafkan dan semoga taubat aku dengan Allah diterima dan diampun setelah kalian ampunkan aku. Dan sekiranya aku mati, biarlah aku dikuburkan sebagai seorang hamba yang tiada dosa sesama manusia.

Dan terima kasih aku ucapkan kepada semua di atas segala bantuan kalian yang aku tak sempat ucapkan dulu atau terlupa nak disampaikan.

Selamat memperbanyakkan ibadat bermulanya malam ini hingga terbit fajar Syawal nanti.

TaqabbalLah minna wa minkom.

ikhlas dr aku
Dee anak Mat Alim

Anonymous said...

Salam semua,

Sebelum kita dok mengucapkan Selamat Hari Raya & mintak maaf berbanyak2, apa kata kita organise satu majlis berbuka posa dulu.....ari ni baru 20 ari posa., ada 10 ari lagi kita boleh buka posa..

Untuk warga KL, maybe kita boleh buka posa kat mana2 tempat yang sesuai...(kalu boleh jgn buffet kt hotel...makanan yg kita mkn tak berbaloi dgn harganya..)atau ada kengkawan yang nk offer buat majlis buka posa tu kt rumah dia...just sediakan tempat je..makanan kengkawan boleh bawak...

Well, apa kata kengkawan?

Anonymous said...

Kalo sape sape balik atau turun ipoh during Hari Raya...mai la singgah rumah berhari raya..tq

Anonymous said...

Assalamualaikum semua,
Sempena aidilfitri ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua XManjung. Dah lebih 20 tahun kita kenal, Im sure, aku mesti ada salah & silap kat korang either secara sedar or tak sedar (antaranya contohnya cilok rokok X7 waktu dia tidor- aku sedar, dia tak sedar). So di atas segala kesilapan aku, aku memohon MAAF ZAHIR DAN BATIN dan mohon halalkan yg termakan, terminum, mau pun yg terberasap serta segala tuturkata dan tingkahlaku aku yang tidak sepatutnya.

p/s
Dalam bulan puasa ni teringat dengan nasi baldi yang kita ambil untuk sahur dulu.
Azizi pernah marah aku sebab taruh gula (1/2 sudu teh je) dalam sambal ikan bilis yang aku masak. Tapi bila time makan sahur, licin gak!
X7, kuali letrik kau tu banyak jasa. Ada lagi ke? Tapi leceh sikit sebab nak guna kena tunggu giliran, especially bila X7 yg masak. Habis satu keset lagu 'Modern Talking' or 'The Zurah II' baru siap.

Anonymous said...

sesiapa yang ambil nasi baldi, buat nasi goreng, makan waktu sahur, tapi tak puasa juga, dah ganti ke puasa tu?

DaMA said...

Aku ingat lagi, dlm bulan posa thn pertama sem ke-2, itulah posa pertama kita di Manjung (scr berjamaah laa...si Jazz dah keluo2 ada kat situ). Kita selalu ambik makanan utk berbuka dan sahur kat umah. Time tulah aku dan si Tapa eksiden, patah kaki si Tapa... (Tapi saham dia lagi melambung bila dah patah kaki, saham aku? Ditutup bercampor-campor). Namun aku cuma calar balar jer...trima kasih kpd mak aku yg melahirkan aku sbg gagah perkasa.

Teringat jugak aku, bila lepas sahor, semua tak mau clearkan makanan. Semua berkompol kat bawah kipas kat tengah umah. Bila time family Tapa datang, deme ingat kita baru jer lepaih sarapan. "Kami paham..." kata pakcik si Tapa. Tak kira mcmana kita explain pun, deme cuma senyum sinis. Siol!

Aku tak banyak associate dgn X-7 di kala bulan posa sebab umah dia bukan umah aku. Yg aku ingat lagi, Si Rahim Kodim lumba tido dgn (then) Mat Ganja (skrg Bro Kamal), sapa lebih lama tak tengok matahari. Memang seronok tido di bulan posa masa remaja, tapi taklah sampai setaraf dgn Rahim Kodim dan MG. Masa bula posalah Ust Suwardi lebih memperbanyakkan aktiviti round di waktu tghari Jumaat. Maka satu hari, tertangkaplah sorang kwn kita. Bila Suwardi tanya dah berapa lama tak pi semayang Jumaat, dia jawab "banyak tak pi daripada pi..." (siapa dia, kalau kome ingat?)

Waktu malam, kita banyak penuhi aktiviti beriadah di Benteng.. Alahai...teringat aku Yong-tau-fu sup kat situ, harga kat bawah mangkuk, awek dia cun. Waktu tu, aku pembonceng tetap AY43, ntah mana pi kapcai tu. Kap dah tak der, tinggal Acai jer.

Byk juga kelas malam masa sem-2 tu, salah satunya kelas QMT si Khairil. Yg aku perasan, bila kelas dia semua geng pompuan mesti hadir, tak penah ponteng. Anyway, aku 'drop' paper tu, the first paper yg aku drop dgn MC.The 1st person yg drop paper kat Manjung, ish....bodoh nyer aku.

Lepas kelas, ada geng bawa aku bersahur di Astaka, Sitiawan. Another lepak pot yg masih ada sampai la ni.

Isshh... memang indah masa remaja. Banyak lagi tempat lepak secara berjemaah dan solo di area tu, Satu lagi KLK, kedai-lepak-Khalid...pekena 'jegenu'. Tapi bulan posa kita tak pi laa, Khalid tidor....

Anonymous said...

Dama,

Apa benda "jegenu" tuh...

Nak rasa gak.

Anonymous said...

Mr Chairman terima kasih di atas jemputan.

Untuk makluman ada seorang lagi Xmanjung yang sedang terlantar di rumah (area tambun) sebab kaki kena operate pasal infection. Baru keluar hospital. Tulang ada jangkitan + komplikasi diabetes iaitu Sdr Husni Zaim.

Brader Ipoh kalu ada kesempatan pergilah ziarah no tipon 016-551 2557

Anonymous said...

Dama,
Ade ke kau pekene 'jegenu' tu dulu. Setahu aku waktu aku lepak kat KLK tak pernah nampak pun. Yang aku tahu ramai yang tengok gusti WWF kat situ.

Ashraf,
'jegenu' tu air coke special (coke + vitamin) alah sekarang ni lebih kurang air Power Root, Kopi Ginseng or Tongkat Ali la. Dulu mana commersial air-air macam ni.

Anonymous said...

Dee & Joy, citer pasal bulan posa kat Manjung ni mmg byk benda yg tak leh nak dilupakan...antaranya, mat2 motor dah tentu jadi mangsa, pembonceng tetap pun sama (kalau aku, bro Jazz le) sebab kena pegang baldi nasi, tupperware lauk, kuah dsbnya...bab p ambil tu takpe le sebab kita pun nak makan...bab nak kena bangun p kantin tu yg liat sgt tu!!! yg tu takpe le gak...dah p ambil, sampai rumah, tgk member2 lain tak siap kan lagi hamparan paper utk persiapan hidangan...tu yg Tok Lee tak pernah marah org...aleh2 ari tu terkeluar gak perkataan dari mulut dia..."Hangpa ni tau makan saja...basuh pinggan mangkuk malaih", dah lepas makan...satu hal le pulak...mengemas....yg selalu jadi mangsa kat I8 ialah Cikun , Samsuri ngan Baie. Depa semua tak berani nak suruh Bad buat...nanti Bad jawab balik..."Aku dah pi ambil kan nasi dah kira bagus apa!!!"...aku pulak tak berani gak, sebab sat g nak pau rokok dia...indah sungguh, syok betul le kenangan d Manjung...

DaMA said...
This comment has been removed by the author.
DaMA said...

Mr Anonymous (...nih, apahal laa lu malaih sangat nak tulih nama??)

Tadi, kat atas tu, aku mentioned "lain-lain tempat lepak secara berjemaah atau solo....", tiadalah maksud kau mengatakan aku pernah pi lepak, jauh lagi pekena 'jegenu'...hehehe. Aku sekadar mengimbau kembali jer...

Ashraf, sebenonyer, aku sendiri tak tau apa benda Allah jegenu tu... Ikut 'geng-geng' tu cakap ja. Dah Mr Anoy(ing)nymous cakap Coke+Vitamin, ye la tu kot? Tang bab KLK pulak, aku rasa salah sorang pelepak solo adalah Amir. Tak tau sebab apa...Frust bercinta ker aper ntah? Ishh....tak ingat, tak ingat. Mir, defend?

Of course tak semua kenangan2 lama di Manjung aku boleh experience bersama dgn semua kaum kerabat, tapi banyak yg dishare dgn aku oleh pelaku semasa, contohnya... Ajeeb dan Bad tangkap ketam yg lari laju kat pantai tu. Deme masukkan dlm kotak mancis, hantor kat bilik arwah Khamizan. Maka berteraborlah kaum pompuan lari naik atas katil bila ketam keluar kotak. Begitulah sebagaimana yg dicritakan. Issh...nake betoi. Aper ke jadah tgkap ketam angin tu Abg Bad? Oooo... masa tu abg aku tu ada ati kat arwah Mizan. Abg Bad, defend?

Anonymous said...

Dee, bercakap pasal Bad (anak ketam) ni kan...konon2nya dia tu mcm Zack le dlm filem Azura...mat motor, bkn jiwang, tapi sebenarnya ada hati kat arwah Mizan..(yg ni mmg wa sedih, kasih tak kesampaian)

Sebenarnya byk kenangan indah/sedih dsbnya kat Manjung tu...segala2nya tu kita buat ikut hati & perasaan jiwa muda remaja kita...wa ingat lagi, waktu motor Bad hilang, abis semua rumah kedai kat Sri Manjung tu kita panjat...nak tlg cari motor dia...yg syoknya berani lak tu p sampai ke kg org nak cari motor...kalau le kena pukul waktu tu naya je!!! silap2 kena buang ITM kita...

Seperkara lagi yg wa ingat, masa last day Sem 4...kami bebudak I8 sewa sebiji van, penuh 12 org kat dlm tu round p rumah kawan2, sampai ke Penang...yg ada lesen waktu tu cuma Bad ngan Om je...yg lain2 jadi cam ikan sardin dok kat belakang van...panasnya usah cakap le!!!

Anonymous said...

Tak salah aku 'Gigenu' tu ubat batuk...Leman,yo atau X7 boleh bagi confirmation benda nih!!!

Anonymous said...

Salam,
Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat ,maaf zahir dan batin.

Geng 'Gigenu'Uncle Hing rindu kat hampa.

Anonymous said...

Salam semua.

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Idilfitri kepada semua kengkawan. Maaf zahir dan batin.

p/s : Sori x leh ckp/tulis byk2, takut batai posa....

Anonymous said...

Kita cerita yang indah dalam blog ni. Yang Mr Chairman ni betul bendul sangat buat apa. Vitamin tu ada macam-macam jenis. Kalau vitamin tu, vitamin udah le. Heiiiiii.
Si leman, yo, X7 pun akan kata benda yang sama (itu pun kalau depa ni pun pernah pekena air tenaga ni).

Anonymous said...

Ha ni macam air daun ketum je..

Anonymous said...

Bad,
Macam mana nak dapat tackle gadis idaman sekiranya bermodalkan anak ketam je.

Anonymous said...

Memang banyak nostalgia indah di Manjung, dah lebih 20 taun rase macam baru lagi. Kisah Bad ni namanya cinta 3 segi. Ko bagi bapak ketam pun, arwah tak de ati kat ko, sebab arwah lebih minat kat kawan kite yg sorang lagi tu... Semoga roh arwah bersemadi bersama orang-orang yang beriman, Amin.

Anonymous said...

Blues, masa tu bukan Semester 4, tapi masa cuti Semester 1, Penang Bridge baru dibuka.

Anonymous said...

Anonymous, anonymous!!!!! apa la...kalo dah ubat batuk tu. ubat batuk jugak la.mana boleh tukag jadi vitamin...jangan nak pesongkan perkara ni!!!

Anonymous said...

Mr Anonymous,
Siapa jejaka yang lebih bernasib baik daripada Bad tu?

Anonymous said...

Jeng!jeng!jeng! siapakah jejaka misteri itu ye?

Anonymous said...

Anti anonymous,
Aku dulu belajaq Accountancy bukannya medic atau pharmacy. Aku rasa benda tu vitamin dan memang vitamin. kalau makan vitamin badan sihat-dpt cegah penyakit. Ubat pun sama jugak. So apalah bezanya dua-dua benda tu. Skrg ni musim orang putar belitkan kenyataan tapi aku bercakap benar sungguhpun tak tepat.

Joy,
lelaki misteri tu bukan geng 'Gigenu' macam anti anonymous ni.
- anonymous 001

Anonymous said...

Salam semua...
Alhamdulillah, br lps buka pose. Dlm siap2 nk solat, try la bka blog... amboi! meriahnya... siap dgn refreshing nostalgia lg. Anyway, sblm terlambat, Salam Aidilfitri diucapkan kpd semua Ex-Manjongers. Salah n silap hrp diampunkan, trmkn n trmnum hrp dihalalkan. Smga kta semua akan dipertemukan dlm suasana yg ceria n sjahtera.
Wassalam...

Anonymous said...

Dama,
Kalau kau kata Amir lepak kat KLK sbb frust bercinta, aku tak setuju (jauh sekali pekena Gigenu tu). Waktu kat manjung dulu mana ada Amir bercoupling dgn sesiapa. Kita orang dulu mana ada jiwang2 - geli.

Anonymous said...

Yang paling kuat menjiwang ialah DAMA, SULLIVAN, SAMJO and MATROS...sementara tu BAie takdak nafsu la plak.

X7 masa tu tak jiwang pung. Agaknya sebab amalan kretek gulung kut.

Anonymous said...

Salam semua...
Kojiwanggak (ntah sape2 ntah),
Aku jiwang pun umur 25 thn br salam dgn tok kadi (ikut sunnah tu!!!). Ade org tu, grade2 jer, trus wat appntmnt dgn tok kadi!
Xpe la... tu sume dh brlalu... Yg baik kta jdikan teladan n yg xbaik jdikan smpdan. Kta2 pujangga; Hidup kita hr ni adalh hasil usaha kita semalam!!!
Bg kengkawan yg drve blk kg, brhti2lah d jlnrya (waspada dgn ops sikap sama!). Lps raya nnti mgkn kita blh jmpa n brnostalgia semula..
Salam Aidilfitri n maaf zahir & batin.....

Anonymous said...

Salam kawan 2 semua..Selamat Menjalani Ibadah puasa dan Selamat Hari raya aidil Fitri. aku dan Keluarga nak jemputla hkawan 2 kalau lalu kat Tol Jawi Penang..musim raya ni boleh lah drop by..contact no aku 017 4284420 .Open house kena tengok budget dulu..tapi kalau nak singgah makan kueh raya all are welcome..

Slamat bercuti panjang dan jumpa lagi pada 6 Okt 2008.

Anonymous said...

Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin.

Anonymous said...

Selamat Hari Raya kepada Ali (walaupun aku tau hang posa sekerat..kenai lama dah) dan Maaf Tenaga Batin buat X7 dan untuk MATROS yang kutakuti (pistolnya) dengan ucapan "Bila nak Keluar dalam Adegan Gerak Khas?"

Anonymous said...

Also to MATALEMSON, "witch you the best endrevour"...shorry I cant speking englisss..fail 3x paper english apo ko bondo tuh

Anonymous said...

Salam semua...

Sebelum beraya & bermaaf2an, ada sikit soalan nak tanya..

1. X7 nak beraya dimana agaknya tahun ni?

2. To Zai @ Housemate,
Schedule dh fix nak raya mana dulu?
Banyak dapat hamper tahun ni? Sayang sekali En Ramlan tak akan berjaya menghabiskan isi2 hamper tu...

Aku sendiri akan beraya di Ipoh (1st day raya) & Teluk Intan (2nd day raya)..sesapa yang berada di kawasan yang dinyatakan diatas, jemput lah beraya di rumah....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN....

DaMA said...

Ni aku nak reply kpd bbrp msg yg dipostkan ke blog ni bbrp hari yg lalu.

To Joy, aku tak kata Amir pekena jegenu...tp aku kata, rasa-rasa aku Amir pernah lepak secara solo di KLK. Tp..ko kata masa Manjung Amir tak bercoupling, ko silap Joy...kau silap! KahKahKahKahKah huwargh huwargh huwargh!!!

Kepada Sheikh Mohd Kojiwanggak, trima kasih di atas ucapan mu kpd ku... Dan trima kasih kerana acknowledge aku bercoupling. Ko tak tau... aku ni, selama 5 tahun di SBP, tak dak sorang awek pun yg sudi memandang! Jenuh aku semayang hajat bagi lekat awek, sorang pun tak nak kat aku! Bila sampai Manjung, aku terbekenan kat sorang budak kiut, tapi ms tu aku msih malu-malu khinzir utk nak ngaku. Ntah mcmana awek yg cun tu pulak sangkut ngan aku...mgkin usaha semayang hajat kat sekolah baru diperkenan kat Manjung kot?! Kahkahkahkah....Tp yg tu salah satu kesilapan aku yg bnyk masa remaja.

Aku dgn Abg Ajeeb tgh berplanning utk ke Manjung slps Raya...solo..tanpa bini, tnpa family, insha-Allah. Tapi, ntah bila harinya, tak taulaah... Kami nak lalu semula lrg2 yg penah kita main bola bergolkan tong sampah, singgah salat di masjid Kg DSK, snggah tgk 'Benteng', dan mgkin abg Ajeeb nk tgk bekas JPJ Mnjung, tmpt bersjrah bg dia. Klau boleh, aku nk jln kaki dr I-6 ke kampus kta dulu! Mesti kena buat...tk thn saban malam t'kngkan kngn2 lama di Mnjung...

DaMA said...

Oo ya.. jejaka yg bernasib baik tu tak der nafsu lgsung ker nak tulih di blog ni? Seboq dgn ank kecik tuuuu....

Zai, hg dah tak dk masa langsung menulih di blog ni no? Amoiiihh...

Anonymous said...

Housemate
Aku beraya di Lenggong dulu,second
day baru balik Taiping.
Tahun ni ada dpt Hamper,bawak ke Lenggong le pulak.
Sapa yg Pi Taiping Mai la singgah.
Samdol lu tak balik Sri Kota ka?
Adik Di,
Yang hang plan dgn Ajeeb,beberapa tahun dulu aku dah buat tapi dengan Kereta.

DaMA said...

Sengap jer...Dah balik kampong maseng-maseng? Tapi Yope Ali masih boleh access email dgn blackberry kamu dak?

Setiap kali raya, aku terkenang kita kehilangan Khamizan yg tak dijangka-jangka. Dr crita AZIZI, kalau tak silap aku, dia meninggal sebaik balik dr beraya dgn segrup geng Manjung dr Ipoh, just utk nak break kejap....sebab lepas tu nak sambung beraya lagi.

Sungguh tak terduga sekali... Semoga roh semua kawan-kawan x-manjonger kita senantiasa dicucuri rahmat Allah SWT. Aku percaya setiap seorang dari kita punya kenangan tersendiri dgn setiap mereka atau salah seorang dari mereka yg telah pergi.

Dlm kenangan kita..., Allahyarhamah Khamizan, Allahyarham Shahrin Ahmad, (Sohaimi) Joleman dan Zulkifli (Are-G) Shafie....

Anonymous said...

Hari ni aku dah kerja:-( Byk sgt kampung nak p..aku confuse so aku pun mai ofis cancel cuti.

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin

Anonymous said...

X7, aku rasa bukan aje fikiran yg confused, poket pun boleh confused juga. Almaklum le 3 kampung orang dan satu kampung sendiri. Tapi perjanjian pra-raya dulu takkan tak buat. kalau tak ada agreement, akau rasa kau dah bersikap tak adil. Alang-alang confused, tangkap lagi satu... biar confuse memanjang.

DaMA said...

Dear All
Aku nak nyokong JoyOren, takut nanti dikata pulak sokong bawak rebah... Hence, I reserved my comment...

Raya berlalu sudah..., org beraya, aku bekerja pd raya ke2. Nak buat camna, aku dah pilih industri ni, terpaksalah b'khidmat utk org 'terbencana'.

Semoga hari esok blog ni kembali meriah dgn kwn-kwn yg selamat kembali dari bercuti di kampung. Mgkin Mr Asrap yg kreatif nanti akan buka 'page' lain utk topik baru.

Abg Ajeeb dah ronda Manjung tanpa aku....huhuhu... Tak pa lah, nanti aku buat mcm Zai, ronda sorang-sorang...

Anonymous said...

Dama,
waktu kecil dulu bila kita jatuh pokok... mak kita kata "Hah! pegi la panjat lagi, panjat pokok durian yg lagi tinggi tu pulak". Bukannya menggalakkan...sekadar memberi ingatan.
Tapi, alang-alang seluk pekasam, biar menyelam.

Anonymous said...

Fuhhh!!! lega!!! hari raya heats dah abis..

Anonymous said...

Salam,
Arini wa dah start keje balik...boringnya!!! mood raya masih ada....Dee, pasal nak round Manjung tu wa no hal bro, lu setkan je bila masa dan tarikhnya. wa mmg nak jumpa & jln2 ngan lu...insya'Allah kalau diizainkanNya leh kita jumpa....kita tidur kat pantai Teluk Batik je, pasang khemah & buat unggun api...amacam, bestkan??? member2 lain kalau nak join pun apa salah nya...

DaMA said...

Waaaduh...berkhemah atas pantai, nyalakn unggun api...aduuhduduh.

Mr Asrap, ini boleh buka page baru ni, mgkin topik "nostalgia di Manjung" ker.. Kalau ada respond dgn cadangan Abg Ajeeb, silap-silap buleh jadi mini gathering lak?!

JoyOren, appreciate your advice. Waktu-waktu begini, tiadalah yg lebih berharga selain dari moral support kwn-kwn. Nak dijadikan crita, semalam...sorang pesakit aku meninggal. Sebelum tu, sorang patient lg merajuk tak mau dtg dialyse kat centre aku lg, sbbnya, aku tak mau buat claim merapu dia. Tak per lah...coobaa annn.

Abg Ajeeb, pasal nostalgia di Manjung tu, gua ingat bulan depan boleh kot? Gua nak pi survey tmpat di Changkat Lada, kalau2 berpotensi....

Anonymous said...

Dee...

Next month mmg cantik, every Sabtu & Ahad mmg wa free, lu bg tau je bila...lagi pun lu nak g Changkat Lada tu dah dkt sgt ngan kg wa Kota Setia...leh balik kg sekali...on the way nanti, wa leh ambil bro Jazz, wa pujuk dia gerenti dia mau punya...wa faham sgt ngan org tua tu!!! Bro Jazz jgn marah ah...nanti kena jual!!!

Anonymous said...

Salam,
Ajeeb & Dee,
La ni Teluk Batik bukan boleh camping kat tepi laut, tak syok dah.Tempat camping atas darat je.
Ajeeb, wa no hal....he.he.Baju Eric Clapton lu nangis otai tengok.

Anonymous said...

Bro Jazz...
Hanya lu je yg memahami jiwa wa...tq for your appreciation...mmg 'Otai Blues' je yg akan tangkap nangis tgk baju 'Eric Clapton - Just One Night' tu...tapi wa dah rugi RM sebab KL Blues Festival tak jadi diadakan...apa2 hal pun wa puas!!!